"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pekerja farmasi di Shah Alam digigit ular sawa dalam tandas

FMT Reporters

Anggota bomba yang tiba berjaya melepaskan wanita itu daripada gigitan ular sawa sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.
ular dalam klinik farmasi
Anggota bomba menangkap ular sawa sepanjang dua meter yang menggigit seorang pekerja wanita di tandas sebuah farmasi di Shah Alam. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Seorang pekerja wanita cedera selepas kakinya digigit seekor ular sawa sepanjang dua meter ketika menggunakan tandas di sebuah farmasi tempat dia bekerja di Shah Alam petang tadi.

Jabatan Bomba Selangor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.46 petang.

Katanya, seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba Bukit Jelutong dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bertugas berjaya melepaskan mangsa berusia 23 tahun dari gigitan ular dari kawasan yang digigit dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan selanjutnya.

“Ular sawa sepanjang dua meter itu dilepaskan di tempat yang selamat,” kata kenyataan itu.

Kedah pula mula banjir, PPS dibuka di Kulim

Zuliaty Zulkiffli
am@hmero.com.my
ANGGOTA APM Kulim memasang khemah di PPS Masjid Al Muhtadin. FOTO Ihsan APM
ANGGOTA APM Kulim memasang khemah di PPS Masjid Al Muhtadin. FOTO Ihsan APM
Kulim: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah iaitu di daerah Kulim malam tadi susulan kejadian banjir yang melanda lima kampung, sejak petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, PPS Masjid Al Muhtadin dibuka jam 11.15 malam tadi.

Bagaimanapun, proses pemindahan mangsa masih berjalan dan setakat ini beberapa mangsa dari kampung yang terjejas berpindah ke PPS berkenaan.

"Banjir berlaku akibat hujan lebat berterusan sejak jam 6 petang semalam.

"Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Siam, Kampung Titi Tok Arus, Kampung Sarang Ayam, Kampung Padang Cina dan Kampung Paya Serdang yang kesemuanya di bawah Mukim Sungai Seluang.

"Jumlah sebenar mangsa di PPS itu masih dalam proses pendaftaran dan operasi menyelamat turut dibantu agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Amirul Aliff menasihatkan penduduk supaya berpindah dengan segera sekiranya rumah kediaman mereka dinaiki air.

Pasangan warga emas maut kereta tertusuk besi penghadan

DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Pasangan suami isteri berusia 87 dan 79 tahun meninggal dunia selepas kenderaan dinaiki merempuh penghadang besi di AMJ Sungai Rambai, Melaka, petang tadi.
JASIN – Sepasang suami isteri warga emas maut, manakala anak perempuan mereka parah selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar penghadang besi di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) Sungai Rambai, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, pasangan berusia 87 dan 79 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Anak mereka berusia 46 tahun yang memandu kereta terbabit jenis Toyota Vios parah pada bahagian muka.

Menurut sumber, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki tiga beranak itu yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Muar, Johor telah hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi di sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu pasangan warga emas terbabit tersepit di dalam kereta dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba.

“Mereka bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan, manakala anak perempuan parah dah dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar dengan menaiki ambulans,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, pemandu wanita terbabit merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Muar dan waris keluarga tersebut telah pun dikesan.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin untuk prosses bedah siasat yang dijangka dilakukan pada pukul 9 malam ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE