"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB Sel Mahu BIMB Dedah Dokumen Sebelum Perbicaraan

KUALA LUMPUR, 3 APR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang menyaman Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kerana mendakwa menjual saham Guthrie Berhad beliau secara salah, mahu bank berkenaan mendedahkan semua dokumen berkaitan kes itu sebelum perbicaraan bermula 4 Mei.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusuf menetapkan 6 April untuk mendengar permohonan Abdul Khalid untuk penzahiran semua dokumen itu yang beliau dakwa dalam pemilikan bank tersebut.

Perbicaraan saman utama yang ditetapkan pada mulanya untuk empat hari bermula 16 Mac tetapi ditangguhkan pada 6 dan 7 April ekoran penzahiran perkara berkaitan dokumen berkenaan.

Peguam Abdul Khalid M. Thomas Philip ketika ditanya mengenai kes ini berkata perbicaraan mengenai saman itu telah ditunda sekali lagi sehingga 4 Mei kerana Mahkamah akan mendengar terlebih dahulu permohonan Abdul Khalid mengenai penzahiran dokumen tersebut.

Hakim itu juga menetapkan tarikh berkenaan selepas bertemu Philip dan peguam bank Tommy Thomas apabila kes tersebut disebut hari ini.

Pada 21 Ogos, 2009, Abdul Khalid diperintah oleh mahkamah membayar RM66.67 juta kepada BIMB untuk pinjaman secara Islam bagi membeli saham Guthrie pada 2001, ketika itu beliau ialah ketua pegawai eksekutif (CEO), setelah mahkamah berkenaan membenarkan permohonan bank tersebut untuk satu penghakiman terus.

Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak perlu membayar jumlah itu kerana Mahkamah Rayuan pada 3 Mac, membenarkan rayuan beliau untuk mengetepikan penghakiman terus itu yang diperoleh bank berkenaan.

Kes itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi kerana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa isu berkenaan dalam kes ini mestilah dibicarakan sepenuhnya.

Dua saman yang difailkan berkaitan perkara ini, pertama oleh Abdul Khalid terhadap bank itu dan yang satu lagi saman balas bank berkenaan terhadap Abdul Khalid.

Abdul Khalid memulakan satu saman terhadap bank berkenaan pada 18 Mei, 2007, mendakwa bahawa terdapat penjualan saham Guthrie beliau yang salah mengikut fasiliti pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April, 2001.

Beliau memohon satu deklarasi bahawa terdapat kontrak kolateral antara beliau dan bank berkenaan berkaitan fasiliti pinjaman BBA.

Abdul Khalid, CEO Guthrie dari tahun 1995 hingga 2003, juga memohon ganti rugi daripada BIMB, mendakwa bahawa bank berkenaan telah menjual sahamnya dalam Guthrie.

BIMB memfailkan satu saman balas untuk mendapatkan jumlah RM66.67 juta pada 24 Mei, 2007, mendakwa bahawa perjanjian BBA telah dimungkiri berikutan dengan kegagalan Abdul Khalid membayar semula pinjaman tersebut.
-tvselangor-

Blog: Ramai Menjadi Tidak Beradab

Anaklegeh

Kebebasan menulis untuk menyatakan pandangan, luahan perasaan, kritikan dan sebagainya yang dihidangkan melalui blog amat bermakna dan mudah untuk disebarluaskan. Kemudahan ini ada pro dan kontranya.

Kontra apabila media baru ini digunakan sewenang-wenangnya dengan membelakangkan etika penulisan dan adab serta akhlak Islamiah. Apa lagi bagi mereka yang mengabungkan diri dalam jemaah Islam yang bertekad untuk menjalankan kerja dakwah serta menegakkan kesyumulan Islam dalam kehidupan diri dan masyarakat.
Hj Zulkifli bersama Timbalannya Hj Kathiran berhenti rehat ketika menyelusuri Jalan Kalabakan- Sepulut- keningau


Profesor Dr Firdaus Abdullah pernah menyebut, kita hendaklah berfikir sebelum berkata dan tidak semestinya berkata setelah berfikir. Apa yang penulis faham daripada kata-kata ini, tidak semua perkara kita perlu luahkan. Kita patut menulis setelah kita memikirkan perkara itu bermunafaat untuk ummah.

Apa yang hendak diutarakan disini, sejak akhir-akhir ini, media baru ataupun blog banyak digunakan untuk menyerang pimpinan terutama pimpinan gerakan Islam. Serangan dan fakta yang diberikan kebanyakkannya tersasar dan tanpa bukti yang kukuh. Tindakan ini mencemar nama baik kepimpinan gerakan Islam dan melambatkan kejayaan gerakan Islam menegakkan roh dan jiwa Islam dalam masyarakat.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Hj Zulkifli Muhammad@Omar telah melahirkan kekecewaannya di atas sikap segelintir blogger yang menyerang pimpinan dan keputusan pimpinan jemaah dengan hanya berbekalkan hujah akal sedangkan keputusan pimpinan berdasarkan keputusan syura setelah menimbangkan beberapa fakta dan bukti yang berautoriti.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan senario blogger yang terlalu bersikap "merdeka" dengan menyerang semua orang yang difikirkan tidak betul disekeliling mereka. Bahkan sanggup menyerang orang yang mereka sanjung sebelum ini. Senario ini agak berbahaya sekiranya tidak dibendung dan dipupuk adab-adab berjemaah dan akhlak Islamiah itu sendiri.

Kenyataan memohon maaf kadangkala tidak cukup untuk membersihkan kembali lumuran najis noda yang telah dilakukan oleh penulisan sebelum ini. Sebaiknya penulisan itu biarlah atas dasar membela kepentingan ummah dan mengenepikan kepentingan peribadi atau puak tertentu. Jauh sekali untuk melemparkan sangkaan jahat terhadap pejuang-pejuang kebenaran yang tahap tsiqah dan pengorban mereka cukup banyak kepada Islam dan Keadilan.

http://legehiyyah.blogspot.com/

MEMOHON SUMBANGAN DANA BANGUNAN
MEMOHON SUMBANGAN DANA BANGUNAN
PASTI Kawasan Kinabatangan memohon sumbangan dana bagi tujuan membina Bangunan tambahan untuk menampung pembukaan PASTI di Kinabatangan. Segala sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Maybank Ust Zaidi Mustafa 114348082551 (PASTI Kinabatangan belum mempunyai akaun). Semoga sumbangan anda bakal menyemarak pendidikan Islam di Kinabatangan khususnya dan Sabah amnya.Terima kasih.
-Tko-

Perkasa Perkakas Yang Perkasam Perkosa Lagi

laniisma
Perkasa Perkakas Umno dimartabatkan lagi menjadi Perkasam Umno yang boleh digunakan apabila kesuntukkan ingin perkosa lagi. Kali ini perkakas ini ingin perkosa Mca dan Gerakan serta akhbar Sin Chew Daily dan China Press yang melabelkan Ngo itu sebagai perkauman.

Sudahlah kaki terpijak tahi tapi tak mahu mengaku pula terpijak. Inilah bijak bengapnya Perkasa. Amat payah untuk kita melihat Perkasa sebagai tidak perkauman.

Nampak kecut pula apabila dilabelkan sebagai perkauman. Sepatutnya dah kata memperjuangkan Melayu dan sememangnya perkauman bertegaslah sebagai Ngo kaum yang memperjuangkan bangsa. Tak adalah pula kita mendengar Ngo-Ngo Cina yang memperjuangkan kecinaannya tidak mengaku sebagai perkauman. Alahai... beginilah Ngo perjuangan Melayu, hapak dan hampas.

Inilah Perkasa, apa yang mereka diperjuangkan caca-marba dan hanya pencacai. Amat pelik berdetam-berdetum memainkan isu-isu Melayu, mencabut, mencium keris dan berani menikam udara takut dikatakan perkauman. Setakat berbaju Melayu menghunus keris dan hanya tujuannya ingin perkosa PR dan Anwar tak perjungkan Melayu namanya. Digertak Cina BN sudah kecut. Bagaimana kalau Cina PR yang sebut, tentunya dah berpuluh laporan polis.

Jadi kalau mengharapkan Perkasa Perkakas Yang Perkasam memperjuangkan Melayu tak ke mana juga. Kalau memperjuangkan Umno, orang-orang Umno bolehlah bertepuk tangan dan tentunya ada sedikit sinar. Juga nampaknya Perkasa menjadikan Najib amat payah merealisasikan 1Malaysianya. Ibrahim juga semakin jauh daripada Umno walaupun dia sangat-sangat rindukannya.