"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Karut, mana ada kes sejarah dibicara di mahkamah

DRS. KHALIL IDHAM LIM

BUTTERWORTH, 21 Sept: Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.


Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali.

Kes beliau akan disebut sekali lagi pada 27 Oktober ini dan dibicarakan pada 5 hingga 9 Disember depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau dibela oleh Hanipa Maidin dan Amirudin Zulkiply manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusuf dan Suhaimi Ibrahim di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajudin.

Turut hadir memberikan sokongan moral kepadanya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Kedah, Nasir Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan PAS dari Pulau Pinang dan Kedah.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah.

Umno juga ujarnya, akan kalah untuk mempertahankan fakta yang salah sekaligus meranapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pemerintahan negara ini.

"Saya yakin seyakin-yakinnya kita boleh menang kes ini dan Umno tewas dalam hal persejarahan Malaysia ini," tegas beliau ketika berucap ringkas di luar mahkamah.

Katanya, Umno dan BN hanya mahu menggambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul mengenai kemerdekaan negara.

"Umno dan BN hanya mahu mengambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul tentang kemerdekaan dengan membelakangkan perjuangan orang lain walaupun mereka lebih ke hadapan menentang penjajah," katanya.

Gempur Selangor: Gagal Jawab Isu Atau Kerana Poket Sudah Terdesak?

sripetaling


Kuala Lumpur,21hb Sep 2011. Umno dilaporkan akan berkampung di Selangor dalam usaha merampas semula Selangor dari Pakatan Rakyat. Cuma persoalan yang bermain di dalam pemikiran kita ialah kenapa UMNO beria-ria dan ghairah sangat ingin merampas Selangor dari Pakatan Rakyat?

Demikianlah persoalan yang dibangkitkan oleh Nazmi bin Nik Din, Penolong Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat ketika diminta mengulas tentang laporan bahawa UMNO akan menggempur Selangor.

“Apakah yang menyebabkan UMNO lebih menumpukan kepada negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain yang juga turut menyaksikan kedudukan UMNO semakin nazak tetapi UMNO lebih gemar memilih Selangor?” Tanya beliau lagi.

“Pada kebiasaannya apabila sesuatu tempat itu digempur ianya memberikan satu petunjuk bahawa tempat itu adalah kubu kuat lawan, adakah ini bermakna mengikut risikan UMNO Selangor telah bertukar menjadi kubu kuat Pakatan ?”

“Adakah kedudukan UMNO telah tergugat? Dan soalan yang paling penting, adakah orang Melayu Selangor sudah tidak percayakan lagi UMNO dan mula mengalihkan sokongan mereka kepada PAS yang dilihat lebih berwibawa dalam membela isu-isu Islam di Malaysia, bahkan kepimpinan PAS adalah gabungan para Ulamak dan professional yang tidak ada dalam UMNO?”

“Ataupun UMNO telah mula sedar bahawa senjata telah mula makan tuan? Semua isu-isu yang dibangkitkan oleh UMNO di Selangor nampaknya mula terpalit kepada UMNO semula, bermula daripada isu khinzir suatu ketika dahulu sehinggalah kepada isu pada hari ini. UMNO dilihat mula ‘rimas’ dan’tak selesa’ dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat akhirnya memaksa mereka untuk melancarkan gerak gempur” tambah beliau.

“Kesemua isu-isu Islam yang dibangkitkan oleh UMNO nampaknya membuka pekung UMNO selama ini yang gagal membela umat Islam. Rakyat Malaysia nampaknya sudah mulai celik, rakyat Malaysia sudah tahu membezakan kepimpinan PAS yang digambarkan melalui kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memerintah Kelantan dengan pemerintahan Islam yang amat berbeza sama sekali dengan kepimpinan UMNO di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka” ujar beliau lagi.

“Satu persoalan lagi,sama ada kita perasan ataupun tidak, UMNO nampaknya lebih ghairah menumpukan kepada negeri-negeri yang agak ‘berduit’ seperti Pulau Pinang dan Selangor, adakah ini adalah petunjuk bahawa poket UMNO juga turut ‘terdesak’ dan ‘longlai’?

“Allah Maha Berkuasa, Kalau Dia mahukan kebatilan itu tewas maka makhlukNya pasti akan melutut walaupun sebelum ini amat bongkak dengan kekuasaan dan kekayaan”.ujar beliau.
-tranungkite-

Warga asing jalankan perniagaan pelacuran untuk jemaah haji dan umrah???

MAKKAH: Suruhanjaya Siasatan dan Pendakwaan menyoal siasat 11 warga asing kerana disyaki menjalani perniagaan pelacuran di sebuah rumah untuk jemaah haji dan umrah di daerah Al-Khansa, semalam.

Geng yang mengandungi 11 warga lelaki Bangladesh dan lima wanita Indonesia diserbu selepas kegiatan mereka diperhatikan oleh polis.
Menurut polis, pengawal keselamatan bangunan itu turut menjadi kaki geng itu dengan mengenakan bayaran sebanyak SR200 (RM166.70) kepada pelanggan.

Semua suspek kemudian dihantar ke balai polis Al-Maabdah.