"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalaulah pejuang agama dan bangsa macam Ustaz Fadli

rozmal

Ahad 14 Julai 2013 selepas Maghrib di Astro Oasis saya sempat menonton sekejap rancangan siaran “Salam Muslim”. Amat tersentuh dan tertarik pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Ustaz Mohd Fadli Yusof di pedalaman Sabah. Seolah-olah apa yang berlaku dalam awal dakwah Islam di zaman Rasulullah, para sahabat dan tabiin kembali menjelma. Seorang pendakwah yang sanggup merentas hutan belantara, mengajar di bawah lampu pelita di malam yang gelap.

Kemudian dapat menggerakkan orang kampung yang ramai antara mereka baru memeluk Islam mendirikan masjid dari tulang empat kerat mereka sendiri. Menebang pokok di hutan, dijadikan tiang dan papan. Mengusung kayu dan papan untuk dibuat masjid menyeberang jambatan titi gantung, termasuk yang perempuan memikul kayu atas bahu. Tidak dapat dibayangkan ianya benar-benar berlaku sekarang di Malaysia.

Kalaulah semua pendakwah, semua pejuang agama dan bangsa di Malaysia ini tidak duduk di kerusi empuk, pejabat yang berhawa dingin, kereta yang berjenama, sebaliknya turun ke padang jumpa dengan rakyat, menunjukkan akhlak yang baik, berdakwah dari hati ke hati, pasti ramai rakyat Malaysia yang berbilang kaum akan terpikat dengan keindahan Islam.

Apalah selama ini rakyat Malaysia yang berbilang kaum tidak terpikat dengan Islam kerana menyaksikan gelagat umat Islam di Malaysia ini terutamanya orang Melayu yang berlumba-lumba mengumpul harta, membina rumah, berpoya-poya dan sebagainya?

ika ramai antara kita, termasuk saya sendiri dapat mencontohi Ustaz Mohd Fadli Yusof sudah pasti ramai bukan Islam di Malaysia ini terpikat dengan keindahan Islam dengan kerendahan hati dan kemurahan hati umat Islam itu sendiri.

Laman web berkaitan usaha-usaha Ustaz Mohd Fadli Yusof di http://syahadah.dakwah.org antaranya mendirikan Masjid As-Syahadah, Kampung Padang, Sepulut, Sabah.

Facebook beliau di www.facebook.com/mfadli11

Hina Islam, kanak-kanak Kristian dipenjara seumur hidup

Hina Islam, kanak-kanak Kristian dipenjara seumur hidup
ISLAMABAD: Mahkamah Pakistan semalam dilapor menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang kanak-kanak lelaki Kristian atas tuduhan menghantar mesej yang menghina Islam.

Peguam pendakwa raya mahkamah Toba Tek Singh di wilayah Punjab, Sheikh Javed yang memetik keputusan hakim pada Sabtu lalu berkata, tertuduh, Sajad Masih turut dikenakan denda sebanyak 200,000 rupee (RM6,000).

Masih ditahan polis pada 2011 selepas didapati menghantar mesej menghina Nabi Muhammad SAW kepada beberapa orang ulama.

Peguam yang mewakili kanak-kanak itu berkata, mereka akan merayu untuk perbicaraan semula kes berkenaan. - DPA
-utusan-

Lebih bertenaga lepas hisap darah

Lebih bertenaga lepas hisap darah
Pittsburg: Ramai pasangan yang mempunyai tradisi mingguan, tetapi kebanyakannya tidak seaneh yang dikongsi oleh Lia Benninghoff dan Aro Draven.

Mereka yang menjalani kehidupan seperti pontianak, meminum darah masing-masing seminggu sekali.
Lia, 20, bertemu Draven, 38, di laman web mencari jodoh Februari lalu. Kedua-duanya sukakan gaya kehidupan ‘gothic’ dan Draven mahukan hubungan yang lebih intim.

“Apabila dia menjelaskan bahawa perkongsian darah akan menjadikan kami lebih rapat, saya meminta dia untuk mencuba menghisap darah saya,” kata Lia.
“Draven menghiris anggota tubuhnya dengan pisau cukur dan menawarkan saya darahnya. Saya kemudian menghiris anggota tubuh saya dan dia menghisap darah saya.
“Saya merasakan lebih bertenaga apabila darahnya meresapi tubuh saya. Ia pengalaman magis lebih intim daripada seks.”
FotoDRAVEN hiris tangan dengan pisau cukur agar darah dapat dihisap Lia.
Pasangan itu merancang untuk berkahwin pada hari Halloween depan.

Tetapi, mereka belum memberitahu ibu bapa Lia bahawa mereka sudah bertukar menjadi pontianak.

“Ibu bapa saya sangat gembira dengan hubungan saya bersama Draven, tetapi mereka tidak tahu kami pontianak dan Draven yang mengubah saya,” katanya.

Bagaimanapun, bukan mereka saja yang menjalani kehidupan seperti itu.

Julia Caples, 45, juga adalah pontianak dari Wilkes, Barre, Pennsylvania yang menghisap hampir dua liter darah setiap bulan.

Dia menghisap darah penderma yang ditemuinya ketika sesi perjumpaan ghaib atau pengunjung kedai pelik yang dibukanya dekat kediamannya.

“Ketika saya berikan darah untuk dihisap dan turut menghisap darah mereka, saya rasa lebih kuat dan lebih sihat,” katanya.

“Secara santifik, tiada khasiat yang banyak dalam darah, tetapi mungkin terdapat beberapa nilai berharga yang kita belum temui lagi.” 
-Agensi