"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kisah Binatang Yang Bernama Huraisy

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekur binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang."
1. Orang yang tidak mengerjakan solat.

2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.

4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.
..........
Kitab yang dimaksudkan ialah Durratun Nashihin yang ditulis oleh Utsman bin Hasan bin Ahmad Syakir al-Khubari. Kitab tersebut sangat baik tetapi terdapat jugak hadith-hadith palsu di dalamnya. Kisah yang dibawa di atas adalah salah satu daripada hadith palsu. - Webmaster TKO
-tranungkite-

Penduduk gempar ular tedung, sawa berlawan

Penduduk gempar ular tedung, sawa berlawan
KULIM: Seorang lelaki tidak menyangka bunyi ganjil yang datang dari sebuah longkang di tepi rumahnya di Taman Kenari di sini malam semalam berpunca daripada dua ekor ular yang sedang berlawan.

Azmi Abdul Rahim, 45, berkata dia agak terperanjat apabila melihat seekor ular tedung selar sedang dibelit seekor anak ular sawa apabila dia menyuluh ke arah bunyi ganjil yang didengarinya.

"Saya minta jiran-jiran memanggil pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kulim membantu menangkap kedua—dua haiwan itu kerana kehadiran haiwan berkenaan amat berbahaya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.

Azmi berkata, beliau mendengar bunyi ganjil itu kira-kira 10.50 malam ketika membantu membuat persiapan kenduri kahwin anak jirannya.

Sepasukan tiga anggota JPAM yang tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian berjaya kedua-dua ular tersebut.

Ketua skuad JPAM, Saifulizan Aziz, 34, berkata, ini pengalaman pertamanya menyaksikan ular berlainan spesies berlawan.

Biasanya kami jumpa ular yang berkelahi daripada jenis sama, katanya.

Menurutnya anak ular sawa sepanjang 2.5 meter dan ular tedung selar sepanjang tiga meter itu akan dirujuk ke tempat bersesuaian atau Zoo Ular di Perlis. 
 -Bernama-

Gua lanun penuh senjata ditemui

Gua lanun penuh senjata ditemui
Dua pegawai memeriksa gua yang menjadi tempat persembunyian barangan curi serta senjata api.
CALIFORNIA: Pihak berkuasa California utara mengumumkan menjumpai satu tempat persembunyian senjata api, dadah, kenderaan curi serta wang tunai berjumlah AS$12,000 (RM37,229), semalam.

Pegawai Jabatan Maklumat Awam, Leftenan Stev Knight, berkata mereka turut menjumpai barangan kemas dipercayai hasil curi, pil khayal, baju kalis peluru, ribuan set peluru, penimbang dadah, traktor curi termasuk lebih 40 kenderaan lain di situ.

Menurut pegawai Sheriff Humbolt, lokasi yang digelar sebagai 'gua lanun' itu ditemui dalam kawasan milik penduduk awam, Ryan Floyd, 30.

Floyd kini di bawah jagaan polis dan disyaki terlibat sama dengan penjenayah untuk memasarkan barangan itu di pasaran gelap./MailOnline