"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar Maryam dan Sahar, pasangan lesbian 'Dinikahkan' lelaki Gay 'imam' Ludovid Mohamed Zahed

Maryam dan Sahar terpaksa melarikan diri ke luar negara untuk hidup bersama sebagai pasangan 'suami isteri'.
DUA wanita yang menjalin hubungan sejenis 'disatukan' sebagai pasangan suami isteri dalam majlis ringkas di Stockholm, Sweden, baru-baru ini.
Wanita berasal dari Iran itu dikenali sebagai Sahar Mosleh dan Maryam Iranfar memulakan kehidupan sebagai pasangan 'suami isteri' selepas sembilan tahun hidup bersama.

Dengan tersenyum lebar, kedua-dua wanita terbabit disatukan oleh 'imam' bernama Ludovid Mohamed Zahed.
Media melaporkan, Maryam sedang hamil anak pertama mereka, manakala Sahar menderita penyakit tulang yang memaksanya banyak bergantung kepada kerusi roda.

Ludovid adalah gay berasal dari Afrika Selatan dan memang dikenali ramai di kalangan pengamal hubungan sejenis dan seks songsang.

Bercakap kepada wartawan selepas majlis itu, Ludivid berkata, dia berkongsi kegembiraan pasangan lesbian berkenaan.

"Keberanian Maryam dan Sahar berusaha mendapat penghidupan baharu di negara asing sangat terpuji," katanya.

Di Iran pasangan cinta sejenis boleh dikenakan hukuman berat, termasuk 50 sebatan bagi kesalahan pertama dan kedua. Jika ditangkap dan disabitkan kesalahan kali ketiga, pengamal homoseks boleh dihukum mati.

Ludovid berkata, dia gembira dan puas kerana pasangan Maryam dan Sahar kini boleh memulakan hidup berkeluarga walaupun sudah lama menghadapi halangan. 

"Ia perjalanan yang jauh. Mereka terpaksa berkelana meninggalkan negara sendiri untuk ke negara asing semata-mata mahu memulakan hidup baru sebagai pasangan suami isteri," katanya.
-mstar-

Video bagaimana jurugambar ditumbuk


Rakaman video menunjukkan Aizuddin ditumbuk oleh ahli keluarga mangsa MH17.
PETALING JAYA: "Saya ditumbuk tanpa sebab," demikian reaksi jurugambar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohd Aizuddin Akmal Saad yang menjadi mangsa perlakuan ganas ahli keluarga penumpang pesawat MH17.

Menceritakan kembali insiden kekecohan di Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi itu, Aizuddin mengakui tidak mengetahui punca sebenar mengapa dia diserang secara tiba-tiba oleh individu berkenaan.

"Saya tak ganggu keluarga mangsa (MH17), tiba-tiba saja satu tumbukan hinggap di muka saya...tumbuk curi," kata Aizuddin ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Aizuddin, 29, cedera di muka selepas ditumbuk oleh salah seorang ahli keluarga mendiang pasangan Paul Goes, warga Belanda dan isterinya, Subashni Jretnam, serta anak mereka, Kaelamayajay Goes ketika membuat liputan upacara menyambut kepulangan jenazah mangsa MH17.
Salah seorang ahli keluarga mangsa MH17 bertindak menumbuk jurugambar kumpulan NSTP.

Menurut Aizuddin, ketika kejadian, dia dan kumpulan jurugambar daripada agensi media lain berada jauh daripada keluarga mangsa setelah dihalang daripada membuat liputan.

"Ketika itu petugas media mula menumpukan perhatian kepada saya kerana telah dikasari oleh seorang lagi ahli keluarga mangsa sehingga lensa kamera dan flash saya patah.

"Sebab itulah saya hairan mengapa saya diserang lagi sedangkan saya sudah tidak merakamkan apa-apa gambar ketika itu," katanya.

Terdahulu, ketika urusan mengeluarkan jenazah daripada van jenazah, seorang individu secara tiba-tiba bertindak ganas terhadap seorang jurugambar Utusan Malaysia, Rushdi Salleh.

Aizuddin yang ketika itu berada di lokasi kajadian merakamkan insiden kekecohan tersebut hingga menimbulkan kemarahan lelaki berkenaan apabila menyedari tindakannya dirakamkan.

"Semasa di luar lagi saya sudah dikasari sehingga kamera rosak. Tapi ketika itu kekasaran tidak membabitkan sentuhan fizikal.

"Yang peliknya bila saya dibawa masuk ke ruang dalam, sekali lagi saya diserang tanpa sebab," katanya.

Menurut Aizuddin, dia membuat laporan polis berhubung insiden itu di Balai Polis Sungai Besi.

Ini rupanya punca Zahid Hamidi meroyan sakan

Rombakan Kabinet dijangka awal September sisihkan Zahid?
MUHAMMAD FAIZAL ZAKARIA
Hisham Kewangan, Najib KDN?
KEHANGATAN krisis pelantikan Menteri Besar Selangor bakal menjadi suram berikutan angin panas mula melanda pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.Terdapat angin perubahan yang bakal berlaku dalam kabinet apabila pengemudi Umno-BN itu kini mula mencorak saf baharu dalam kabinetnya.

Beberapa sumber kepimpinan Umno menyebut, Najib kini kurang selesa dengan beberapa menteri dan timbalannya yang tidak menyokongnya untuk melakar perubahan dan ia mengakibatkan Najib terpaksa membuat perubahan besar dalam barisan kabinet baru sebelum Belanjawan 2015 dibentangkan pada sidang parlimen akan datang.

Sama ada Najib terpaksa akur, perlu akur atau merupakan keputusan peribadi beliau, apa yang pasti rombakan kabinet terbaru ini akan mengejutkan semua pihak, apatah lagi beberapa nama besar yang memegang jawatan menteri paling kanan turut terlibat dalam rombakan yang bakal dilakukan ini.

Rombakan kabinet itu bakal dilakukan pada bulan September itu nanti menyaksikan terdapat menteri yang bakal digugurkan dan ia bukan sahaja melibatkan perubahan di dalam kabinet tetapi turut berlaku kepada Majlis Tertinggi Umno.

Hishammuddin Menteri Kewangan?
Mengejut atau tidak Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein yang memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan bakal dilantik sebagai Menteri Kewangan dan ia ada kaitan dengan kepercayaan Najib kepada sepupunya yang lebih berpengalaman jika dibandingkan dengan yang lain.

Tindakan Najib menyerah kan jawatan tersebut sebagai memberi laluan untuk beliau yang mengambil alih Menteri Dalam Negeri (KDN) dari Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan terlalu bersikap ‘samseng’ dalam segala hal sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan-kalangan mereka di dalam BN itu sendiri.

Ada yang menyebut, peluang Zahid untuk bersama bahtera Najib bakal terkubur kerana Ahli Parlimen Bagan Datoh itu penyokong kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kata sumber Zahid bakal dilupakan pada pilihan raya umum akan datang.

Ke manakah Zahid?
Sebelum berbicara tentang kedudukan Zahid, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Shafie Apdal yang turut berada di dalam senarai Najib itu akan ditukarkan ke Kementerian Pertahanan bagi mengantikan Hishammuddin yang bakal di tugaskan di Kementerian Kewangan.

Kredibiliti Shafie turut di persoalkan dalam pelantikan tersebut ada kerana pergolakan yang berlaku di Sabah mahu pun Sarawak menyebabkan mereka yang berasal di sana sesuai dilantik untuk menjaga konflik yang wujud terutama membabitkan pencerobohan di Sabah.

Apabila berlakunya kekosongan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Najib berpendapat bagi meredakan kemarahan ataupun ketidaksenangan pengundi bukan Melayu, maka Zahid akan ditempatkan ke kementerian tersebut untuk memegang jawatan Menteri Luar Bandar dan Wilayah yang ditinggalkan Shafie itu nanti.

Najib terpaksa melupakan hubungan baik dengan Zahid memandangkan suasana politik sekarang menyebabkan beliau tidak mampu untuk mempertahan Menteri Dalam Negeri itu.

Muhyiddin, gugur atau sebaliknya?
Kementerian Pelajaran belum disentuh siapa mengendalinya, permasalahan pendidikan negara membimbangkan apabila keputusan kementerian ingin terus melaksanakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga menimbulkan kritikan serta bantahan dari golongan pendidik.

Jika Najib mengambil kira kepada kemelut yang timbul dari golongan pendidik sudah pasti individu yang memegang jawatan di kementerian turut akan menerima tempias dalam rencana Najib untuk mengambil hati golongan pendidik.

Namun, apakah Najib berani untuk menyentuh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menukar orang kanan Tun Mahathir Mohamad itu ke posisi lain? Pastinya Najib berdepan tekanan tatkala Dr Mahathir juga sedang mengkritik pentadbirannya kini.

Tidak mustahil rombakan kabinet ini juga menyaksikan beberapa menteri yang akan kehilangan jawatan. Apa yang diketahui pada peringkat awal antara yang akan kehilangan jawatan wakil dari MIC, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Seri G Palanivel dan juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Hasan Malek.

Menteri Wilayah, Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan bakal digugurkan bukan sahaja di kedudukan Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, malah kedudukan selaku Setiausaha Agung Umno yang dipegang olehnya akan digantikan dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Perubahan berdasarkan kritikan atau dirancang Melihat kepada kedudukan yang selamat pasti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar boleh menarik lega, beliau mungkin tidak akan terlibat mahupun terkeluar dari senarai rombakan yang bakal dilakukan.

Pendekatan Khairy dengan golongan anak muda pasti menggembirakan Najib kerana baginya golongan itu akan menyumbang kepada undi Barisan Nasional nanti. Persoalan menarik pada rombakan kabinet ini adakah ia dilakukan adalah kerana kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau merupakan perancangan awal beliau.

Kalau ia berlandaskan kepada kritikan Dr Mahathir yang tidak berpuashati dengan pentadbiran Najib pasti Dr Mahathir yang telah lama tidak menyenangi Khairy sejak pentadbiran Tun Abdullah Badawi sebelum ini turut disentuh oleh bekas Perdana Menteri itu.

Apa yang pasti, Najib cuba memenangi hati Dr Mahathir walaupun beliau tidak bersuara bila dikritik, mungkin ada perbincangan luaran antara mereka itu tidak ketahui. Rombakan ini akan mengejutkan banyak pihak serta pemerhati politik.

Sejarah bakal dicipta Najib dalam masa terdekat, mereka yang menjadi mangsa akan merajuk hati dan untuk mengkritik mungkin tidak kerana mengharapkan kerusi pada PRU14, mereka akan berdiam mengaturkan strategi bagi mencari peluang untuk kekal dalam pertandingan Majlis Tertinggi Umno