"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengawal keselamatan dibelasah kerana larang kanak-kanak lawat ICU? (video)


FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan teruk dibelasah oleh sekumpulan empat lelaki selepas melarang pelawat membawa kanak-kanak memasuki wad di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan.

Aksi itu kemudian dirakam oleh orang ramai yang berada berhampiran dan dimuat naik di laman sesawang Youtube.

Dalam rakaman itu, mangsa telah ditampar, diheret dan ditendang oleh keempat-empat suspek.

Dalam kenyataannya, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ, Zaid Ahmad mengesahkan kejadian yang berlaku.

“Wad tersebut menempatkan pesakit separa kritikal. Wad tersebut amat sensitif kerana berkaitan dengan (penyakit) pernafasan.

“Pihak hospital berasa amat terkilan dengan kejadian ini kerana sepatutnya masyarakat perlu memahami tujuan kami melaksanakan undang-undang kawalan tersebut demi kebaikan semua,” katanya.

Menurut Zaid, pihak HRPZ II mengamalkan polisi fleksibel terhadap waktu melawat kecuali bagi wad-wad tertentu seperti unit rawatan rapi (ICU), unit rawatan koronari (CCU) dan wad pergantungan tinggi (HDW).

Dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya kepada ‘samseng-samseng’ yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan kekecohan di tempat awam

Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia 'dedah' wajah sebenar Najib

 Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott berkata, masyarakat dunia kini sudahpun dapat wajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Malott berkata, imej Najib di persada antarabangsa – yang digilap oleh agensi perhubungan raya dengan kos sehingga jutaan ringgit – amat berbeza dengan wajah “korup” perdana menteri itu di ceruk rantau ini.
“Hari ini, (hasil laporan) akhbar dan majalah berprestij dunia, seluruh dunia tahu siapa Najib yang sebenar,” katanya dalam tulisan rencana disiarkan Malaysiakini hari ini.

Malott seterusnya membangkitkan mengenai kekangan kebebasan di bawah pentadbiran Najib, termasuk kekasaran polis ke atas peserta demonstrasi BERSIH dan penahanan ahli politik serta aktivis bawah Akta Hasutan.

“Dialah Najib yang korup, orang yang mengatur pembelian kapal selam Scorpene yang terlalu mahal, walau tidak berfungsi.

“Dan terbaru (dialah) orang di belakang 1MDB dan jutaan ringgit yang hilang. Dialah Najib yang menerima AS$700 juta dalam akaun bank peribadinya.

“Dialah Najib, yang mana beg tangan Birkin dan rantai leher zamrud jutaan dollar isterinya menjadi bahan pendedahan tiga halaman dalam The New York Times,” kata Mallot.

Malott memerhatikan bahawa Najib sering bercakap mengenai Global Movement of Moderates, reformasi ekonomi Malaysia dan usaha untuk mengubah Malaysia untuk menjadi model dunia.

“(Itu adalah) Najib yang palsu, Najib internasional, Najib yang bercakap muluk-muluk di luar negara.

“Najib itu disokong oleh jutaan dolar dalam bentuk yuran perhubungan raya. (Najib) malah berjaya mengecek presiden Amerika Syarikat untuk bermain golf, Krismas lalu,” tulis Malott.

Tambahnya, Najib pasti akan menggunakan kaedah sama pada hujung minggu ini melalui kekerasan polis untuk menyuraikan perhimpunan aman BERSIH 4.

“Najib akan gunakan gas pemedih mata, air kimia dan belantan polis untuk mengekalkan kekuasaannya.

“Seluruh dunia akan melihat dan akhirnya sedar siapakan (Najib) yang sebenar.

“Dan Najib akan berakhir.”
-malaysiakini-

Khalwat: Waran tangkap untuk penceramah bebas terkenal ini

FMT Reporters
sharhan
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang penceramah bebas dan pasangannya kerana gagal hadir pada prosiding kes tuduhan berkhalwat.

Utusan Online melaporkan, penceramah bebas itu, Sharhan Shafie dan pasangannya, Umi Masjuri Hassan menghadapi tuduhan tersebut yang dilakukannya pada dua tahun lepas.

Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zin turut memerintahkan waran tangkap terhadap penjamin mereka, Mohd. Zainuddin Abdul Yamin yang juga gagal hadir pada prosiding itu yang merupakan sebutan pertama kes itu pada Khamis.

Sharhan merupakan penceramah bebas yang terkenal melalui rawatan kaedah Islam dan sering dijemput untuk memberi ceramah di sebuah stesen televisyen.