"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersama Pak Samad

Di satu petang minggu lepas aku sempat bersembang-sembang dengan Pak Samad (A. Samad Said) kat kedai kopi Maidin. Bersama minum semeja ialah Ibu (isteri Pak Samad) dan Rahmat Haron.

Sebelumnya juga, acap kali juga minum-minum dan gebang-gebang dengan Pak Samad. Dari pertemuan-pertemuan itu aku amati dan dapat aku rasakan bahawa banyak perubahan berlaku pada diri Pak Samad semenjak dia pulang menunaikan ibadah haji di Makkah. Semoga dia telah mendapat haji mabror.

Dulu Pak Samad ini tak begitu menghiraukan isu-isu politik, malah politik bahasa sekali pun. Dia ambil tahu lah, tapi tak ada semangat untuk berjuang dan melawan untuk menegakkan sesuatu pendirian.

Tetapi sekarang ini, aku perhatikan sangat berubah sekali: berani, lantang dan tegas. Semoga semangat ini, melakukan fardhu kifayah, akan terus menyala dalam dirinya untuk kebaikan kita semua rakyat Malaysia.

Sudah tentunya sembang-sembang kami itu banyaknya berkisar isu bahasa ibunda dan kempen anti-PPSMI.

Ini mengingatkan aku kembali di zaman remaja aku. Aku ke sekolah Orang Putih semenjak umur ku 11 tahun - Special Malay Class. Beberapa tahun kemudian, sampai aku ke Tingkatan 4 dimasukkan ke dalam aliran sains pula. Jarang-jarang sekali budak kampung dapat masuk jurusan sains masa dulu. Jadi banggalah juga aku, kerana sampai ke peringkat Lower School CertificateSchool Certificate danHigher School of Certificate hingga sampai boleh masuk universiti.

Bukannya Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang dikelolakan Kementerian Pelajaran Malaysia, tetapi peperiksaan dan sijil yang dikelolakan oleh Universiti Cambridge, salah satu universiti tertua dan terulung Orang Putih.

Jadi masa remaja aku dulu bila seorang sepupu, Syukri datang dari Besut dan tinggal bersama keluarga aku ketika cuti sekolah, dan dia beria-ia berleter tentang membahasa kebangsaankan pembalajaran dan pengajaran di sekolah, aku bukan sahaja tak senang mendengarnya, tapi aku anggap dia ni bodoh dan tak reti apa-apa tentang sains.

Macam mana nak belajar ilmu kemia, biologi, fizik dan matematik dalam bahasa kebangsaan? Istilah sebutan 'pii' , 'nueron', 'Bunsen bunner', 'velocity', 'acceleration' pun tak ada. Apatah lagi konsep, proses-proses, takrif-takrif yang beribu-ribu banyak terdapat dalam bidang ilmu itu.  Baca selanjutnya :-http://uknowsanasini.blogspot.com/2009/03/bersama-pak-samad.html


Tiada ulasan: