"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu rasuah politik pengaruhi pengundi di 2 bukit, Batang Ai

Salmah Mat Husain 
KOTA BHARU, 19 Mac (Hrkh) - 
Apakah masih ada orang Melayu yang berminat dengan Umno selepas disahkan parti itu semakin menular dengan rasuah politik

Begitu juga bagi penduduk di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air mahukah mereka terus bersekongkol dengan parti atau kerajaan yang jelas mengamalkan rasuah.

Ini sebagai panduan mudah bagi mereka untuk membuat pilihan terbaik pada pilihan raya kecil 7 April ini.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau yakin berdasar kepada fenomena tersebut pengundi di di Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah, Batang Air, Sarawak dapat menilai parti mana yang lebih bersih.

"Umno sebuah perjuangan sekular yang kini sarat dengan rasuah politik seperti disahkan Lembaga Disiplin Umno baru-baru ini.

"Saya tidak nampak rakyat mahu memilih calon BN pada pilihan raya kecil tersebut berikutan akhir-akhir ini terbongkar tindakan ekstrem seperti yang berlaku di Perak," katanya di sini.

Menurut beliau tindakan �ganas dengan merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat sebelum ini bukan cara demokrasi.

"Jadi apa lagi yang perlu harap dari BN, nak harap jaga Islam lagi tak boleh, sebab jaga demokrasi pun gagal," ujarnya.

Menurutnya selagi Umno berkuasa, selagi itu huru hara akan berlaku dan rakyat tidak berada dalam keadaan tenang kerana ada sahaja kekacauan yang dicetus.

"Umno akan dibenci rakyat Perak kerana masalah yang dilakukan mereka sendiri," ujarnya.

Beliau juga mengumpamakan Umno seperti ubat yang pahit sehingga terpaksa disalut dengan gula iaitu wang dan jawatan untuk menarik perhatian orang ramai menyokongnya.

"Itulah perjuangan yang berteras sekular yang lari dari fitrah manusia. Apabila gula yang membungkus Umno sudah terhakis maka pahitnya akan muncul," katanya.

Kelmarin Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden apabila tiga agennya didapati bersalah mengamalkan politik wang.

Selain itu Lembaga Disiplin Umno turut mengumumkan Naib Ketua Pergerakan Umno, Khairy Jamaluddin didapati bersalah, bagaimanapun beliau hanya dikenakan amaran. 

Tiada ulasan: