Nama calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau akan diumumkan Jumaat ini. Sementara itu, sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa calon pilihan kepimpinan parti itu bukan daripada senarai tiga nama yang dicadangkan sebelum ini. Sebaliknya, seorang muka baru akan dipilih sebagai calon, iaitu S Manikumar, 35, untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit pada 7 April. Tiga nama calon yang dicadangkan sebelum ini ialah ketua PKR bahagian Sungai Petani, Dr R Krishnamoorthy; ahli jawatankuasa (AJK) bahagian berkenaan, S Sritharan dan AJK bahagian Merbok yang juga ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, K Masilamani.Bagaimanapun, difahamkan kepimpinan parti telah dipujuk oleh wakil rakyat sebelum ini, V Arumugam, supaya memilih Manikumar. Kerusi DUN tersebut kosong selepas Arumugam meletak awal bulan ini. Dalam pilihanraya 8 Mac tahun lalu, Arumugam yang bertanding atas tiket bebas menang dengan majoriti 2,362 undi. Beliau mendapat 13,225 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, S Krishnan yang mendapat 10,863 undi. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan penamaan calon bagi kerusi tersebut pada 29 Mac dan pengundian pada 7 April. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Manikumar calon Pakatan di Bkt Selambau?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan