"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kandungan buku teks sekolah dipendekkan

Muhammad Arif Ismail 
BANGI, 19 Mac (Hrkh)
 - Kandungan buku teks sekolah telah dipendekkan sebanyak tiga bab iaitu daripada 10 menjadi tujuh bab, kata seorang profesor linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Saya ambil buku dari darjah tiga, sebenarnya ramai daripada kita tidak sedar bahawa kandungan buku tingkatan satu telah dipendekkan dari 10 bab atau 'chapter' kepada tujuh bab dengan menghapuskan tiga bab," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu seminar hala tuju dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam Dasar pendidikan Kebangsaan yang diadakan di Dewan Teater, Kolej Universiti Islam Selangor, 14 Mac lalu.

Sebab menurut beliau, Kementerian Pendidikan tahu bahawa pelajar yang diajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris tidak boleh memahami dengan baik.

"Jadi maknanya anak kita belajar semakin sedikit, ini semua adalah silap mata yang semua orang tidak perasan tapi saya perasan sebab saya kaji," sambungnya.

Sebelum itu, beliau berkata sifat semula jadi manusia akan menumpukan kepada maklumat yang mudah difahami. Ini berdasarkan kepada Teori relevans.

"Teori makna yang melihat bagaimana komunikasi dikaitkan dengan peringkat pemprosesan minda yang disampaikan dalam bentuk komunikasi yang mesti diproses, ditafsir untuk difahami.

"Iaitu cara kita berbicara dengan budak kecil berbeza dengan kita bercakap dengan orang dewasa," jelas beliau. 

Tiada ulasan: