"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Herba Diabetes

Aslmkm abng check darah pagi tadi bacaan 6.4 dua bulan sebelumnya bacaan 10.00 nampaknya ada perubahan”

Ini sms pendek yang aku terima daripada abang aku. Dia mengidap penyakit kencing manis, diabetes. Dah bertahun-tahun makan ubat. Tapi taklah baik-baik juga.

Umumnya, bacaan normal kadar gula (glukosa) dalam darah ialah 6. Kalau rendah daripada ini pun tak bagus (hipoglasemia), boleh pengsan kerana tak cukup bahan tenaga bagi keberlangsungan fisiologi. Lebih dari bacaan 6, dia jadi kecing manislah.

Untuk abang aku itu, aku dapatkan dia herba supaya diminum dua kali sehari. Pertama, apabila bangun pagi sebelum sarapan, minum secawan. Pada malamnya, sebelum tidur minum lagi secawan.

Campuran herba dan kaedah penggunaannya diajarkan pada aku oleh Pak Teh, seorang Nelayan di Kuala Muda, Kedah. Dia sendiri amal meminumnya dan telah pun dapat menyelamatkan kakinya daripada dipotong dek angkara kencing manis. 

Ramuan herba ini sangatlah pahit tak terhingga sekali, tetapi bila dah amalkan banyak kali, kuranglah sensitif lidah tu pada kepahitannya:

1/3 pokok letup kelambu dari akar sehingga seluruh batang-daun, putik-buah, pucuk-bunga dan sebagainya

1/3 pokok peria katak dari akar sehingga seluruh batang-daun, putik-buah, pucuk-bunga dan sebagainya

1/3 pokok hempedu bumi dari akar sehingga seluruh batang-daun, putik-buah, pucuk-bunga dan sebagainya

Tiga bahan di atas ini dicincang halus seperti teh, digaul dan dijemur sehingga kering. Bahan campuran herba ini eloknya disimpan di dalam sebuah balang kerana ia boleh tahan lama juga, setahun dua.

Apabila hendak diminum, dimasak air satu cawan besar, apabila mengelegak masukkan satu camca campuran herba. Kurangkan api dan biar dia mendidih selama 3 minit.

Diminum airnya dalam keadaan suam.

InsyaAllah ikhtiar ini akan dapat membantu meredakan diabetes.

http://uknowsanasini.blogspot.com/

Tiada ulasan: