"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rithauddeen : Keputusan Lembaga Disiplin bukan konspirasi politik

"Saya ingin menjelaskan bahawa semua keputusan yang dibuat adalah berasaskan bukti-bukti yang terdapat pada kes-kes yang dibicarakan, keterangan-keterangan yang diperolehi dalam masa penyiasatan dan pendengaran, bukannya berdasarkan tuduhan-tuduhan melulu.

"Walaupun Lembaga Disiplin bukan sebuah mahkamah undang-undang namun asas-asas keadilan sejagat dan hukuman berdasarkan fakta dan keterangan sentiasa menjadi pegangan ahli-ahli Lembaga Disiplin ketika membuat sesuatu keputusan.

"Justeru tidak timbul soal pilih kasih atau konspirasi politik sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak," katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini. Tegas beliau, ahli-ahli Lembaga Disiplin terdiri daripada tokoh-tokoh politik yang telah bersara dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam parti dan mereka ini tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam membuat sesuatu keputusan termasuk dari pihak atasan.

Jelasnya, Lembaga Disiplin sentiasa mengambil perhatian serius terhadap pandangan umum mengenai keputusan terhadap beberapa ahli Umno yang didapati bersalah di bawah etika ahli Umno.

Tambah Tengku Ritauddeen, Lembaga Disiplin juga tidak mempunyai kuasa seperti pihak polis dan ahli-ahli Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh memaksa saksi-saksi datang memberi keterangan.

"Kerana itu kadang-kadang sesuatu kes itu tidak dapat diselesaikan secepat yang dikehendaki. Sebaliknya sekiranya sesuatu kes itu diputuskan secara tergesa-gesa tanpa bukti yang mencukupi kami akan berdepan dengan kecaman daripada ahli-ahli Umno dan orang ramai.

"Pendekatan Lembaga Disiplin sentiasa berada dalam keadaan serba-salah. Dibuat salah, tak buat pun salah,” katanya.

Semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati bersalah melanggar peraturan kempen pemilihan parti.

Sementara, calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah melanggar peraturan kempen pemilihan parti.

Beliau bagaimanapun hanya diberi amaran dan masih layak untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan minggu depan. 

-malaysiakini-

Tiada ulasan: