"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Perlu Perubahan, Wibawakan Majlis Syura Ulama!




Ibnu Hasyim Catatan Santai

SAYA bersetuju dengan pandangan penulis e-mail yang disiarkan oleh Blog Penarik Beca berbunyi…

Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,

1..Setiap organisasi akan melalui perubahan. Ini sudah menjadi adat dan sifat dunia. Sebegitu juga parti-parti politik. Banyak yang telah ditulis dan diperdebatkan mengenai UMNO perlu berubah. Hari ini saya ingin memberi pendapat bahawa PAS pun perlu berubah.

2..Perubahan akan berlaku samada kita hendak atau tidak. Dan perubahan berlaku melalui 4 kaedah, yakni :- 2.1. Persuasive Strategy. 2.2.Force Strategy. 2.3.Facilitative Strategy. 2.4.Reeducative Strategy. Andaikata sesuatu masyarakat itu tidak berubah, mungkin masyarakat tersebut akan diubah oleh keadaan semasa. Saya percaya lebih baiklah masyarakat tersebut yang membuat perubahan secara 'concious'.Perubahan secara ini dapat dibentuk dan dibendung.

3..PAS telah berubah (PAS Social Change) pada era 1980an dahulu dengan membawa Kepimpinan Ulama kepada parti.Kepimpinan ini masih kekal hingga sekarang dan alhamdulillah kita telah dapat melihat hasilnya. Penerimaan masyarakat Malaysia kepada Islam adalah lebih meluas sekarang ini dan rakyat Malaysia sudah dapat membezakan diantara PAS dengan UMNO, dan yang baiknya PAS dilihat dengan positif sekarang ini.

4..Sekarang kita didalam dekad pertama Kurun ke 21.Dunia juga telah berubah dan selepas PRU ke12,rakyat Malaysia sudah berubah dan InsyaALLAH didalam PRU-PRU yang akan datang peratus generasi internet akan meningkat didalam pengundi-pengundi.

5..PAS mestilah berani membuat perubahan supaya PAS menjadi 'laku' dikalangan generasi internet.Kepimpinan PAS yang ada sekarang ini telah berjaya meletakan Islam sebagai landasan PAS.Tahniah saya ucapkan.Terimakasih saya hulurkan.May ALLAH swt bless them saya doakan. Tetapi sudah tiba masanya peralihan generasi berlaku didalam kepimpinan PAS.

6..Justru itu saya memohon kebenaran Pak Bakaq agar isu ini dapat diperdebatkan dalam Blog Penarik Beca.Biarlah perdebatan ini dilandaskan dengan idea-idea serta pemikiran yang ktitikal, berbudi pekerti dalam perbahasan kita dan senantiasa tawadhu' dalam niat dan hasrat kita.

7..Kalau Pak Bakaq izinkinkan, saya nak mula dengan "Mujahid Yusuf Rawa For President!

Terimakasih.

Komen saya:

Saya masih ingat, kalau tak salah saya (kalau salah tolong betulkan), dicatat dengan rasminya dalam perlembagaan PAS, setelah pendaftar pertubuhan meluluskan pindaan perlembagaan PAS 1987 penubuhan Majlis Syura Ulama. Majlis Syura Ulama itu terpisah dari struktur-struktur lain kerana ianya tegak sendiri di peringkat tertinggi sekali. Ia tidak menguasai dan tidak pula dikuasai oleh Jawatankuasa Agung. Tugasnya berbentuk advisory tidak mencampuri urusan perjalanan parti, melainkan bertugas sebagai tempat menerima rujukan-rujukan yang berkaitan dengan masalah hukum berkaitan dalam Islam.

Tugas ini amat penting bagi PAS yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai hukum tertinggi untuk mengelakkan sebarang penyelewengan jika berlaku dalam masalah dasar. Pada saya, sampailah masanya sekarang Majlis Syura Ulama perlu diperkembangkan dan di’wibawa’kan melebihi dari Fasal 7(4)b dan Fasal 7(4)d dalam perlembagaan pindaan 1987. Kita boleh membanding dan mengambil contoh dari gerakan-gerakan Islam luar negera, seperti Ikhwanul Musliman, Iran dan lain-lain.

Saya rasa inilah caranya yang ampuh untuk menyekat penyakit-penyakit politik sekarang ini seperti penyalahgunaan kuasa (umpamanya berkempen fahamannya yang bertentangan dengan pemimpin lain walaupun sama parti tidak melalui melalui muktamar), rasuah (dalam ertikata yang sebenarnya tidak hanya wang sahaja. Takrif ‘rasuah’ perlu dibetulkan menurut Al-Quran Hadis tidak bertopeng dibalik ‘hadiah’, keraian’ dll), pembaziran di kalangan pemimpin, hak orang miskin dalam harta orang kaya, kewajiban jihad harta di kalangan pegawai-pegawai atasan dan hartawan di saat ekonomi melesat, atau sebagainya.

Apabila Majlis Syura Ulama ini berfungsi dengan sebenar-benarnya, maka jadilah Presiden parti itu hanya sebagai Presiden di Negara Iran berbanding kuasa Pemimpin Tertinggi Ayatullah di sana. Mengenai perubahan kepimpinan dalam PAS, sepatutnya perubahan ke arah ini.  

 http://www.ibnuhasyim.com/

Tiada ulasan: