"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Laporan Fairus letak jawatan hanya spekulasi sahaja


PULAU PINANG, 19 Mac:Kedudukan Mohammad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sepertimana desas-desus yang tersebar luas bahawa beliau telah menerima arahan daripada pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat(PKR) supaya melepaskan jawatan hanyalah spekulasi semata-mata.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi.

Menurut beliau lagi sekiranya spekulasi ini benar sudah pasti perkara tersebut akan dibawa kepengetahuan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PKR Pulau Pinang.

Ketua Penerangan PKR Bahagian Permatang Pauh, Mohd Rozi Abd Hamid turut menegaskan bahawa spkeluasi ini sudah tersebar sejak beberapa hari yang lalu.

Namun begitu sehingga ini hanyalah desas-desus mereka yang cuba mengeruhkan suasana politik yang melanda PKR.

Sementara itu sumber yang rapat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa isu ini tidak benar sama sekali.

Menurut sumber tersebut Mohammad Fairus akan ke Indonesia bersama-sama dengan beberapa exco kerajaan negeri pada jumaat ini.

"Beliau masih meneruskan tugas-tugas beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri I,Pulau Pinang dan juga exco kerajaan negeri.Namun begitu spekulasi tentang pengunduran beliau itu semakin tersebar luas dalam waktu terdekat ini. Saya yakin ada usaha oleh pihak lain untuk menggugat kedudukan Fairus dalam kerajaan negeri Pulau Pinang."

Tiada ulasan: