"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Speaker Perak 'ada elemen salah guna kuasa', kata SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati ada elemen bahawa Speaker DUN Perak, V Sivakumar menyalah guna kuasa sewaktu menggantung Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exconya. 

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya akan memanggil lagi beberapa Adun termasuk BN bagi memberi keterangan untuk melengkapkan siasatan kes itu, lapor laman web 
Berita Harian.

"Bagi kita ada elemen salah guna kuasa, SPRM jalankan siasatan... bukan pendakwaan untuk menentukan keterangan berhubung perkara itu dapat dikumpul.

"Setakat ini, siasatan masih berjalan dan kita akan panggil beberapa lagi (wakil rakyat) yang ada ketika kejadian," beliau dipetik berkata di majlis Gerak Mesra SPRM bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kuantan hari ini. 

Pada 18 Februari lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, yang diketuai Sivakumar, menggantung menteri besar daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Semalam SPRM memanggil baki empat ahli jawatankuasa tersebut:  Loke Chee Yan (DAP-Kepayang), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Sum Cheok Leng (DAP-Bercham) dan Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai). 

Sebelumnya Sivakumar dan Adun PAS Selinsing, Husin Din telah memberi keterangan kepada SPRM.  
-malaysiakini-

Tiada ulasan: