"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cuti Fairus dilulus atas permintaan Anwar

"Saya dimaklumkan oleh Anwar bahawa Fairus minta untuk bercuti dan atas permintaan Anwar saya luluskan cuti itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lim, yang semalam menafikan desas desus kononnya timbalannya itu telah dipecat, hari ini menegaskan sekali lagi bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.

Beliau yang enggan menjelaskan sebab Mohamad Fairus mengambil cuti secara tibatiba, berkata timbalannya itu dijangka kembali bertugas pada Isnin ini.

"Beliau bercuti sekurang-kurangnya untuk minggu ini.

"Beliau sepatutnya kembali bertugas pada hari Isnin melainkan beliau memohon untuk menyambung cutinya," katanya.

Semalam, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau telah mengarahkan Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri, Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) kawasan Penanti.

Sebaliknya Anwar yang juga Penasihat PKR berkata Fairus telah menghubunginya dan memaklumkan bahawa beliau akan bercuti selama dua hari.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy berkata semua exco kerajaan negeri bersetuju tidak akan membenarkan akhbar New Straits Times membuat liputan acara dan sidang akhbar mereka mulai hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi berkata langkah itu berikutan akhbar berkenaan yang didakwa telah memfitnah kerajaan negeri dalam laporan beritanya baru-baru ini.

Akhbar itu juga sebelum ini turut dilarang membuat liputan sidang akhbar atau majlis yang dihadiri Ketua Menteri sebagai tindak balas terhadap artikelnya yang didakwa 'berbaur fitnah dan tidak benar'.

-BERNAMA-

Tiada ulasan: