"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar Dilarang Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah


   
Pelajar-pelajar sekolah diseluruh negara sudah tentunya kecewa dan mengeluh apabila Kementerian Pelajaran mengambil keputusan melarang terus penggunaan telefon bimbit oleh mereka di kawasan sekolah berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan tersebut diumumkan Timbalan Menterinya, Dr. Wee Ka Siong yang berkata ia diambil setelah pihak kementerian mengadakan perbincangan dengan guru-guru dan wakil persatuan guru pada mesyuarat jawatankuasa induk menangani gejala disiplin murid di sini semalam.

Katanya, ia selaras dengan surat Pekeliling 1 Tahun 2006 yang telah dihantar ke sekolah-sekolah yang meminta pihak sekolah melarang para pelajar membawa atau menggunakan telefon bimbit di sekolah.

Dr Wee berkata kementerian dimaklumkan pelajar sekolah yang membawa telefon bimbit gemar bermain SMS (khidmat pesanan ringkas) dengan rakan-rakan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terjejas. 

 -TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: