"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UNTUK AHLI UMNO SAHAJA: BELAJAR RASUAH CARA ALI DAN KHAIRY

Politik wang (baca rasuah) nampaknya halal dalam UMNO. Cuma caranya saja bagaimana. Kaedah memberi dan teknik menerima rasuah nampaknya berbeza-beza. Bergantung kepada keadaan kaedah dan teknik rasuah saja, nasib si perasuah tidak semestinya dihukum walaupun kedua-duanya rasuah.

Khairy Jamaluddin rasuah tapi diberi amaran saja, mungkin cara rasuahnya kena dengan kaedah yang dihalalkan oleh UMNO yang boleh diterima pakai oleh lembaga disiplin UMNO. Lalu dia bersalah rasuah, tetapi boleh bertanding dalam pemilihan UMNO.

Ali Rustam bersalah juga tetapi dihukum sehingga tidak layak bertanding dalam pemilihan UMNO. Cara rasuah Ali menyebabkan dia tidak dibenarkan bertanding.

Fenomena baru ini tidak dapat tidak akan turut menyumbang kepada kehancuran UMNO. Kedua-duanya, Khairy Jamaluddin dan Ali Rustam bersalah, tetapi Khairy boleh dan Ali tidak boleh. Fenomena mempertahankan kedurjanaan jenis baru bermula dalam episod pecah belah UMNO. 
Mulai hari ini sesiapa dalam UMNO bolehlah belajar dengan Khairy macamana untuk rasuah demi kedudukan dalam politik. Khairy tentunya mempunyai kaedah dan teknik tersendiri dalam menyuap ahli pemuda UMNO dengan rasuah, sehinggakan walaupun sudah jelas bersalah, tetapi dibenarkan bertanding dan tidak dihukum.

Sebaliknya, cara dan kaedah rasuah Ali pula tidak boleh dijadikan ikutan. Ia bukan saja bersalah tetapi tidak boleh bertanding dan dihukum. 
Dicadangkan kepada Khairy dan Ali untuk turun padang bersama-sama dan terangkan kepada ahli UMNO tentang kaedah masing-masing guna untuk memberi rasuah.

Ini penting kepada UMNO kerana, pertama ahli UMNO boleh jadikan kaedah dan teknik rasuah Ali sebagai sempadan untuk mereka untuk terus naik dalam UMNO melalui rasuah. Kaedah rasuah Ali tidak boleh dijadikan contoh kerana dia dikenakan hukuman.

Kedua ialah ahli UMNO perlu ditunjukkan kaedah dan teknik rasuah cara Khairy Jamaludin demi untuk menaikan diri dalam parti UMNO itu. Cara Khairy boleh diguna pakai untuk rasuah ahli UMNO sebab dia tidak dihukum sebaliknya diberi amaran saja.

Rasuah cara Khairy salah tetapi halal dan tidak boleh hukuman sebaliknya rasuah cara Ali haram lagi dikenakan hukuman.

Seronoklah nanti Pemuda UMNO kerana  berketuakan perasuah yang bijak dengan kaedah dan teknik rasuah jika Khairy menang. Seronoklah semula Mahathir jika Khairy kalah akibat dari keputusan lembaga disiplin yang dikira pembunuh secara senyap itu kerana niat Khairy menjadi ketua pemuda UMNO berlawan dengan calun anak Mahathir Mukhriz.

Keseronokan itu lebih kepada anak Mahathir Mukriz walaupun dia tidak semena-mena tiba-tiba membuat kenyataan kononnya dia tidak mendapat untung dari kesalahan Khairy itu.  Kerana dia tahu keputusan itu menyebabkan dirinya berada dalam posisi selesa untuk pemilihan ketua pemuda UMNO.  Kata-katanya itu hanya untuk menyedapkan hati Khairy yang terkial-kial menyatakan dia tidak bersalah. Moralnya sudah kalah sebelum bertarung. Lainlah kalau semua Pemuda UMNO sukakan ketua yang bijak pandai dalam rasuah.

 Sebagai orang luar, UMNO sudah punah ranah kerana lembaga disiplinnya pun gagal  membuat keputusan yang betul bila difikir dan dinilai dengan akal manusia yang waras. Kalau lembaga disiplin pun begini, apalah ahli yang lain. 
 

Muramatsu 
UK 
via RAW di Astana, Russia.

http://www.marhaen.info/v1/

Tiada ulasan: