"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UNGKA YANG DISUMPIT, KIJANG MATI TERTUSUK..


Dalam fenomena taat kepada pandangan dan patuh setia ke atas pandu tunjuk sifu, ianya sedang dalam perjalanan dilalui oleh YAB TPM Malaysia alam akhir-akhir Mac 2009 ini. Hatta sifu ini merupakan gudang usang tempat berkhalawat musang mencari menggali ilmu untuk dibekalkan kepada jelmaan didiknya. Di kalangan Umno dan di luar Umno sentero dunia sememangnya mengetahui dan Dr Pak Lah pun amat mengetahui tetapi tidak terdaya menghalangnya.

Iaitu realiti menjana merujuk dan tempat taat setia selama-lama oleh YAB DS Najib, disudut mendapat ilmu makrifat dan ilmu ghaib didalam pembinaan dan penitian, untuk memperkasa, mengerun dan membina empayar ciri-ciri dan cara-cara untuk mencekam dan menguasai juga menunggangi Umno-BN hatta melendad Kerajaan dan melonyai Kabinet.

Di sinilah untuk menjawat jawatan Perdana Menteri selepas DS Najib berupaya merampas kuasa jawatan Presiden Umno di atas nama peralihan jawatan dan peralihan. Untuk maju dan dilihat bersih kabinet 100 % kabinet Najib, maka sifunya telah memberi pandangan bahawa kabinet Najib kelak supaya hendaklah ditengok dan kelihatan bersih. Bagaimana caranya.

Saya berpandangan di sini, bersih itu dari pandangan dua sudut atau dua cabang, iaitu:-

Pertama: Bersih dari setiap anasir penyokong setia kepada Pak Lah dari menduduki jawatan utama dan penting dalam kepimpinan Umno.

Kedua: Bersih dari kacamata mengamalkan rasuah 
 

Bersih dari setiap anasir penyokong setia kepada Pak Lah dari menduduki jawatan utama dan penting dalam kepimpinan Umno.

Pembersihan dari nyahkan penyokong-penyokong setia Pak Lah dan menantunya AP Rembau YB KJ telah bermula, dan ianya akan diteruskan menjelang hari mesyurat Umno tidak beberapa hari lagi. Diantara yang dilakukan tindakan dengan mendapat kerjasama dan perhatian dan azam pehak Ketua Eksekutif dan SPRM adalah tertumpu keatas orang-orang Pak Lah/KJ seperti KP Umno WP Datuk Norza. Diikuti oleh S/U Politik Datuk Azalina dan pegawai kanannya. Hatta akan sampai kepaa Azlina seniri dah hampir pasti.

Hari ini adalah lanjutan seruan sifu dan menyengat oleh itu Umno melalui badan yang itubuhkan untuk menyingkir sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan pimpinan utama dalam Umno, pasti akan berdepan dengan badan Displin ini. Disinilah badan pembunuh karektor, membunuh bakat kepimpinan Umno disemua perengkat yang menjadi penganggu dan penghalang disemua perengkat kepada raja di PWTC. Disudut menganggu kroni-kroni dan barua-barua disemua perengkat, maka badan disiplin inilah akan merangka kerangka, mengadakan bahan bokti tunjuk untuk menyingkir sesiapa sahaja diterajang keluar dari Umno.

Penyingkiran oleh badan Umno ini ianya membolehkan barua kroni dengan selesa menang tanpa bertanding memenangi jawatan. Kaedah itu sedang dilangsaikan hari ini Selasa 17 Mac 2009 yang mana dikhabarkan dan sampai kepengetahuan saya diantaranya adalah Datuk Azalina Said saorang menteri berasal dari Johor.

YAB DS Mohd Ali Rostam kawan lama saya sejak penubuhan Gerakan Belia 4b zaman Haji Suhaimi Kamaruddin, Sam Sailan, Abu Samah Katas, Zainal Abidin Husman, Syed Ahmad Syed Ali, Hanafi Ramli, Haji Safirul Hashim, Muhammad Rahmad, Sheikh Fadzil Sheikh Kadir, Azhar Elias, Haji Baiza Shahurin, Fatimah Ngah, Mazlan Harun, Fahmi Rejab, Faridah Abu Hasan, Zainal Abidin Budar, Tajul Rusli Ghazali, Jamal Mukmin, Anak K Hadimaja dan ramai lagi. Ali Rustam ini akan beredpan dengan tuduhan rasuh, pasti kena Ali.

Menantu Pak Lah penganggu utama kepada Najib dan Mukris maka KJ akan juga diheret untuk dituduh. Ini semua adalah jalan dan cara untuk menang mudah sebagaiman saya ulangi nak memerentah mudah diluar medan dan gelanggang PRK makan Nsjib menjadi kepala lanun merampas kuasa di Perak, beginilah jua caranya untuk mendapat jawatan untuk orang-orangnya dalam mencekam dan menguasaui Umno untuk melonjok kencekam dan menguasai kabinet dan kerajaan pula inilah formulanya. 
 

Bersih dari kacamata mengamalkan rasuah

Telor atau ayam. Samada SPRM dulu diberi lampu biru untuk bertindak kepada musuh dan lawan kepentingan pehak yang mempunyai kuku dan taji lanie dalam Umno dibersihkan awal-awal lagi agar tidak ada kamus peluang bertanding dalam pemilihan Umno sekarang. Ianya sedang bergelombang beralun dan mengalir kejaran dan hambat dari tanu koro SPRM mengamit menghambat pencalun-pencalun nak bertanding jawatan tertinggi Umno di kalangan penyokong Pak Lah.

Atau sebaik hari ini keputusan badan displin Umno bertindak hari ini dan iberi pandangan supaya SPRM berperanan. Sama-samalah kita melihat akan realitinya cuma beberapa jam saja lagi dari sekarang.

Dinukilkan oleh: 

Ibn Abdullah Awab:

http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/

17.03.2009

Tiada ulasan: