"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Norza boleh, kenapa Ali Rustam tidak?

Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak boleh dihalang bertanding timbalan presiden Umno seperti Datuk Norza Zakaria boleh merebut jawatan walaupun didakwa rasuah, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

"Apa yang ditetapkan terhadap Norza, harus ditetapkan untuk Mohd Ali juga," kata ahli parlimen Gua Musang, mengulas larangan terhadap naib presiden Umno itu oleh lembaga disiplin. 

Norza, ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, dihadapkan ke mahkamah, Jumaat lalu, oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama seorang agennya berhubung politik wang dalam parti itu. 

Beliau, kini seorang anggota Majlis Tertinggi, bersaing bagi mengekalkan jawatannya dalam badan terpenting Umno itu.

Menulis di blognya hari ini, Tengku Razaleigh berkata tindakan lembaga disiplin menyekat Mohd Ali bercanggah dengan haknya sebagai ahli untuk dilantik dan melantik.

"Lembaga disiplin boleh membuang beberapa keistimewaan tetapi bukan hak seperti termaktub dalam perlembagaan," katanya.

"Perlembagaan Umno tidak boleh ditafsirkan berbeza daripada Akta Pertubuhan."

tengku razaleigh ku li interview 190309 08Selagi Mohd Ali tidak digantung keahliannya, kata bekas naib presiden Umno itu, "adalah salah menyekatnya daripada bertanding seperti juga salah menghalangnya daripada membuang undi (dalam pemilihan Umno)." 

Beliau mencadangkan Mohd Ali, yang juga ketua menteri Melaka, membuat rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan bagi menghalang pemilihan parti itu, yang dijadual minggu depan, jika beliau disekat secara tidak sah daripada pertandingan tersebut.

"Setidak-tidaknya, rayuannya terhadap hukuman (lembaga disiplin) itu haruslah didengar sebelum pemilihan parti minggu depan," kata Tengku Razaleigh lagi.

Mohd Ali, calon popular untuk jawatan nombor dua Umno, didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya yang didapati bersalah terbabit melakukan sogokan politik.

Sewaktu ditemubual 
Malaysiakini petang ini (foto), Tengku Razaleigh berkata beliau tidak faham kenapa Mohd Ali tidak digantung daripada Umno walau didapati bersalah.

"Saya fikir lembaga disiplin terlepas pandang perkara ini," katanya.  
-malaysiakini-

Tiada ulasan: