"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Isu 'pengkhianat', satu strategi untuk pilihan raya umum?

Mohd Khalil Abdullah

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Hrkh) - Serangan Umno-Barisan Nasional (BN) sejak akhir-akhir ini melalui media kawalan mereka seolah menampakkan satu strategi halus untuk memberikan imej buruk agar rakyat membenci dan menolak Pakatan Rakyat.

Dan segala perancangan buruk yang sedang dilakukan sekarang seolah menjurus kepada perancangan untuk mengadakan pilihan raya umum bagi menumbangkan Pakatan Rakyat serta merampas kembali negeri-negeri yang terlepas daripada tangan BN sebelum ini.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK),Shamsul Iskandar Mohd Akin,pihaknya memandang serius akan trend media-media arus perdana yang begitu serius memainkan isu 'Pengkhianat Melayu' mutakhir ini.

"Pandangan dan komentar pimpinan-pimpinan Umno khususnya disebar luas melalui media-media cetak dan elektronik yang jelas bertujuan untuk memberikan impak negatif ke atas imej Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat secara umumnya.

"Berdasarkan kepada analisis trend, AMK yakin dan percaya bahawa strategi ini bertujuan sebagai persediaan Pilihan raya Umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat. Dan ini juga sebagai persediaan awal bagi kempen Pilihan raya Kecil DUN Permatang Pasir,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Tambahnya, polemik pengkhianat Melayu ini berterusan dimainkan dengan restu Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang jelas menggambarkan ketandusan idea kepimpinan beliau untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat secara 'gentleman' dan terbuka.

"AMK percaya ini berlaku rentetan beberapa isu mutakhir yang gagal didepani dengan baik oleh kepimpinan Najib termasuklah pendedahan isu skandal penyelewengan PKFZ, isu kematian Teoh Beng Hock dalam siasatan SPRM dan ditambah dengan sambutan luar biasa ke atas Perhimpunan Aman GMI-MANSUH ISA yang diadakan pada 1 Ogos lepas di mana berjaya mengumpulkan seramai puluhan ribu rakyat.

"Label pengkhianat berterusan dicop ke atas batang tubuh Anwar bertujuan sebagai satu kaedah pembunuhan karakter ke atas imej Anwar, sebagaimana yang dilakukan ke atas imej Tuan Guru Nik Abdul Aziz sempena Pilihan raya Kecil DUN Manek Urai yang lepas.

"Tetapi kaedah serangan karakter yang begitu agresif ini pastinya memberikan modal politik yang positif kepada Pakatan Rakyat. Untuk rekod, serangan bertalu-talu terhadap Anwar pernah dimainkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum yang lalu di mana ternyata strategi Umno-BN telah memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat,"tegasnya.

Tiada ulasan: