"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najb Altantuya: Kematian Firnado Berkait Dengan Isu Seludup Wanita Ke Negara ini

Rakan NGO dari Malaysia dan Filipina berpendapat pembunuhan diplomat Filipina Finardo G. Cabilao 6 Ogos lalu, adalah berkait rapat dengan usahanya menyelamatkan wanita-wanita yang telah diseludup ke negara ini.

AHLI Parlimen Klang, Charles Santiago berkata kematian Firnado berkenaan telah menimbulkan satu isu yang hangat diperkatakan di peringkat antarabangsa kerana beliau dipercayai dibunuh oleh sindiket penyeludupan.

“Rakan beliau dari NGO Filipina dan juga dari Sabah Serawak yakin bahawa beliau dibunuh kerana hasrat baik beliau yang cuba untuk menghentikan aktiviti penyeludupan wanita Filipina ke negara ini.

“Malaysia sudah menjadi negara yang terkenal dengan aktiviti penyeludupan ini kerana sudah terdapat banyak laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenai isu ini terutamanya ketika kes penyeludupan manusia berleluasa di sempadan Thailand.

“Malaysia juga dikatakan pusat utama seludup binatang liar di seluruh dunia. Ini seperti menggambarkan seolah-olah Malaysia tidak ada undang-undang.

Santiago menegaskan bahawa jika benar Firnado dibunuh oleh dalang penyeludupan, ia menunjukkan betapa serius dan beraninya tindakan mereka tersebut sehingga berani melibatkan diplomat asing di negara ini.

“Menjadi masalahnya di sini adalah bukan kerana longgarnya garis panduan yang ditetapkan, tetapi punca dalang orang dalam kerajaan yang telah memanipulasi aktiviti penyeludupan ini.

“Banyak bukti yang telah dikeluarkan termasuk satu kes di mana seorang warganegara Myanmar yang diseludup ke Malaysia membuat kenyataan bahawa pihak polis dan imigresen yang bertindak mengawal mangsa seludup ini.

“Memang telah buat penangkapan terhadap seorang pegawai imigresen di Johor, tapi semua hanya satu wayang kulit kepada rakyat dan dunia kononnya kerajaan membuat kerja," tegas Charles.

Menurut beliau jika kerajaan membiarkan isu ini berleluasa, kepercayaan diplomat dari luar negara terhadapat Malaysia akan kurang dan sekaligus menjejaskan nama baik negara.

Aktiviti penyeludupan manusia yang dikatakan semakin berleluasa di negara ini telah meletakkan Malaysia sebagai negara yang gagal memenuhi piawaian minimum bagi membanteras kegiatan penyeludupan manusia.

Tahun ini sahaja negara dikatakan sudah menyeludup hampir 800 ribu manusia dan sekaligus melebelkan Malaysia negara ke tujuh tertinggi dalam Laporan Penyeludupan Manusia 2009 yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat bulan lalu.
-tvantara.com-

Tiada ulasan: