"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: 1999, Saya Hanya Tinggal Seluar Dalam - Najib

Oleh: addin_77

"Memetik kata-kata Najib "Apabila keputusan pilihan raya umum 1999 diketahui hanya mendapat majoriti 241 undi, saya rasakan `dunia gelap’ seketika. Ibarat yang tinggal hanya seluar dalam sahaja." Demikianlah kata-kata Najib Razak semasa merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Selangor dan kemudiannya UMNO bahagian Ampang pada hujung minggu lalu.

Ia merujuk kepada keputusan PRU 1999 yang Najib menang tipis 241 undi di Parlimen Pekan tetapi warga Pekan berkata sebaliknya. Sebenarnya Najib telah kalah tetapi di bantu oleh undi pos dan undi 'hantu'. Inilah hakikat yang sebenarnya yang berlaku pada Najib. Selepas PRU 1999, berlaku rombakan besar dalam 'persempadan semula' SPR yang menyaksikan Parlimen Pekan melangkau sehingga ke Kem ATM Batu 10. Jelasnya, Kem ATM Batu 10 terletak di daerah Kuantan. Ini menunjukkan betapa terdesaknya Najib untuk menggunakan undi pos anggota tentera untuk meraih kemenangan. Umum tahu bahawa undi pos ialah talian hayat bagi UMNO BN.

Diperhatikan juga, migrasi besar-besaran 'Orang Kedah' ke daerah Pekan selepas PRU 1999. 'Orang Kedah' adalah panggilan tempatan bagi masyarakat yang berasal dari negeri Kedah dan di tempatkan di sekitar Sungai Miang dan Merchong di daerah Pekan. Tujuan di bawa masuk 'Orang Kedah' ialah untuk 'survivol politik' Najib berterusan di Parlimen Pekan. Mereka telah diberikan pelbagai kemudahan seperti tapak rumah, tanah pertanian dan pelbagai lagi. Walhal rakyat tempatan ramai lagi yang tiada tanah sendiri.

Inilah slogan '1Malaysia' yang di laung-laungkan oleh Najib selama ini, tidak menjadi realiti di daerah Pekan sendiri. Moga-moga di PRU ke 13 akan datang, UMNO BN kalah teruk dan Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan pusat. Ketika itu, Najib akan berkata " kini seluar dalam saya pulak terlondeh".

Tiada ulasan: