"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warkah Takziah - Perginya takkan kembali lagi

Oleh NASRUDIN BIN HJ. HASSAN At TANTAWI

Kepada
Puan Haliza Binti Syahdan sekeluarga..

Dewan Pemuda PAS Pusat mengucap Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham di atas pemergian Al Fadhil Ustaz Asri Ibrahim yang telah kembali kepangkuan Tuhan Rabbul Izzati. Semoga sabar dan tabah menghadapi ujian ini.

Pemergian beliau ini bukan sahaja dirasai oleh seluruh keluarga Allahyarham dan peminat beliau tetapi juga merupakan satu kehilangan besar kepada seluruh pendukung gerakan Islam, khasnya PAS.


Allahyarham Al Fadhil Ustaz Asri Ibrahim adalah sahabat lama saya semasa kami sama - sama merantau ke bumi Syam. Beliau seorang yang sangat istemewa dan memiliki suara emas.

Allahyarham pernah digelar jelmaan Bilal ibnu Rabah apabila beliau sering ditugaskan untuk mengumandangkan azan di markaz al Arqam Jordan dan juga dalam majlis - majlis rehlah kami apabila tiba waktu solat .

Allahyarham juga sangat konsisten membawa Islam melalui pendekatan Nasyid kontemporari bermula dengan kumpula Nada Murni dan kini Rabbani. Semoga usahanya diterima Allah swt sebagai amal yang soleh.

Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dan permergian beliau adalah satu ketentuan Allah swt yang menyayangi hambaNya, moga bersabar di atas ujian getir ini dan kami juga seluruh ummat Islam sangat merasai kehilangan beliau. Sekali lagi semoga Allah swt merestuinya dan menempatkannya di Jannatul Firdaus.

Al Faatihah

NASRUDIN BIN HJ. HASSAN At TANTAWI
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Tiada ulasan: