"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Ibu dakwa siswa UM dikasari polis

Seorang pelajar Universiti Malaya (UM) mengadu telah dikasari ketika ditangkap oleh beberapa anggota polis Rabu lalu berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebuah dewan kampus berkenaan.

Muhammad Aizat Roslan, pelajar jurusan syariah Akademi Pengajian Islam (API), mengadukan perkara itu kepada ibunya Normala Daud yang menemuinya selepas ditahan pada hari yang sama di balai polis Pantai.

“Dia ada cakap kepada saya dia kena tumbuk. Mungkin sebab polis itu marah sebab dia tak bawa kad pengenalan semasa ditahan,” katanya ketika dihubungi
Malaysiakini petang ini.

"Saya tidak pasti sangat sebab mungkin sikit saja. Saya pun tidak minta kepastian daripada dia."

Normala tidak bercadang mengambil tindakan berhubung dakwaan kekasaran itu.

Muhammad Aizat, pelajar jurusan syariah Akademi Pengajian Islam (API), ditangkap di sebuah kafeteria API dan ditahan reman bawah Seksyen 427 dan 436 Kanun Keseksaan sehingga 5.30 petang ini.

Seorang anggota exco Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Shafiee Hashim, berkata beliau turut dimaklumkan demikian oleh Normala.

Shafiee sempat bertemu ibu rakannya itu semasa Muhammad Aizat dibawa ke ibu pejabat polis daerah Brickfields dari balai Pantai.

Shafiee menyifatkan rakannya itu seorang "tahanan politik" kerana siasatan polis tidak menjurus kepada kes contengan "bini puaka" seperti alasan remannya.

"Ibu Aizat beritahu saya, soalan-soalan yang diajukan kepadanya (Aizat) lebih menjurus kepada hubungannya dengan pemimpin-pemimpin pelajar, pandangannya terhadap perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak), dan juga pendapatnya terhadap isteri perdana menteri dan terhadap konsep 1Malaysia,” katanya ketika dihubungi petang ini.

Malaysiakini sedang mendapatkan penjelasan Muhammad Aizat.
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan: