"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Umumnya setiap negara demokrasi menjamin kebebasan warganegara untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan secara aman sepertimana yang terkandung dalam perlembagaan.

Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) memainkan peranan penting dalam memastikan hak tersebut dirasai oleh semua golongan.

Walaubagaimanapun, SUHAKAM hanya dilihat sebagai satu penubuhan yang tidak dapat menjalankan peranannya ekoran terdapat banyak campur tangan pihak berkuasa.

Menurut Pensyarah Universiti Malaysia, Prof. Emeritus, Dato’ Dr. Khoo Kay Kim berkata SUHAKAM dipilih oleh pihak pemerintah sendiri. Jadi apa yang SUHAKAM boleh buat memang ada batasannya dan SUHAKAM perlu sentiasa patuh pada undang-undang.

“Beliau menjelaskan adakalanya SUHAKAM mahukan sekurang-kurangnya dapat menjadi pemerhati bila ada demonstrasi tetapi SUHAKAM harus berhati-hati kerana kalau pihak polis tidak memberi dan pesuruhjaya wakil SUHAKAM ada ditempat itu, polis boleh menuduh pesuruhjaya itu memberi sokongan atau melibatkan diri dalam perarakan. Jadi kami tidak mahu keadaan itu timbul jadi kami akan mencari cara lain,” katanya.
Khoo berkata beliau selalu menulis kepada pihak polis untuk memberitahu kesilapan pihak polis walaubagaimanapun beliau menegaskan bahawa Suhakam tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pihak polis mematuhinya.

Beliau turut mengatakan antara pendekatan lain yang diambil bagi menyedarkan pihak berkuasa ialah melalui penerbitan bahan ilmiah bagi menjelaskan kepada orang ramai apa yang betul dan apa yang tidak betul.

Mengulas lanjut, Khoo menyatakan saranan yang telah diberikan sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada pihak polis namun jelasnya polis adalah sebahagian daripada badan eksekutif.

Katanya badan eksekutif mempunyai banyak kuasa dan tidak dapat memberi jaminan pihak polis tidak berpihak kepada sesuatu golongan.
Jelasnya, ada golongan tertentu berdemonstrasi tetapi polis tidak mengambil tindakan sebaliknya pihak polis menolong golongan tersebut untuk berdemonstrasi.

Pihak polis telah bertindak demikian dan membuatkan rakyat turut inginkan hak keadilan yang sama rata sekali gus membuktikan pihak polis telah memilih kasih dalam perkara ini.

“Itu merosakkan kepercayaan rakyat dan ianya adalah tidak baik untuk negara. Jadi akhirnya apa yang paling penting ialah tidak kira siapa atau di mana, etika atau akhlak sangat penting,” katanya.

Terdahulu pada 1 Ogos, Pesuruhjaya SUHAKAM, Datuk Dr. Denison Jayasooria berkata polis telah bertindak ganas dengan mencetuskan keganasan ketika rakyat berhimpun dan mengadakan perarakan secara aman sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan dalam negara dan hak itu tidak sewajarnya disangkal oleh mana-mana pihak.
-tvantara.com-

Tiada ulasan: