Mohd Khalil Abdullah | |
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Hrkh) -Hujah yang menjerut leher sendiri! Umno terdesak! Demikian antara kenyataan yang boleh ditujukan kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin. Kenyataan Khairy bahawa PAS wajar keluar daripada Pakatan Rakyat ternyata satu usaha terdesak dan Umno kini semakin kehilangan modal dalam menarik kembali sokongan rakyat. "Dewan Pemuda PAS Pusat ingin mempertegaskan bahawa Umno terlebih berhak dan wajar untuk keluar daripada BN dan menyertai PAS sebagai sebuah gerakan Islam jika sekiranya Umno benar-benar ikhlas mahu membela serta memelihara kesucian agama Islam,"tegas Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi hari ini. Tambahnya, Pemuda PAS melihat desakan Khairy supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat jelas menunjukkan bahawa Umno sangat terdesak untuk menguasai kepercayaan rakyat dan pengaruh politik nasional. "Pemuda PAS juga melihat hujah Khairy bahawa PAS terpingir dalam Pakatan Rakyat semata-mata kerana adun PAS di Pulau Pinang tidak diberi Jawatan exco lalu mengesa supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat adalah hujah yang menjerut leher beliau sendiri kerana Khairy Jamaludin sendiri selaku Ketua Pergerakan Pemuda Umno tidak dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri dalam kebinet Dato' Seri Najib Tun Razak. "Bukankah itu juga satu penghinaan dan satu penyisihan yang jelas dilakukan oleh Najib kepada Khairy sedangkan Naib beliau iaitu Dato' Razali Ibrahim dilantik Timbalan Menteri. Kenapa tidak pula Khairy Jamaludin keluar daripada Umno setelah jelas beliau disisih dan dihina oleh Presiden partinya sendiri,"bidas Ustaz Nasruddin. Semalam Kahiry mencabar PAS keluar daripada pakatan pembangkang bagi menjaga maruah parti itu yang seolah-olah tidak dihargai oleh rakan gabungannya, DAP. Beliau berkata, gabungan itu bukan sahaja tidak mempunyai semangat setiakawan yang tinggi seperti Barisan Nasional (BN), malahan tidak menghormati sumbangan PAS. Tambahnya, contoh yang jelas berlaku di Pulau Pinang apabila satu-satunya wakil rakyat PAS yang memenangi pilihan raya umum lalu tidak mendapat sebarang tempat dalam barisan exco kerajaan negeri. "Oleh kerana kita akan ada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir tidak lama lagi dan difahamkan PAS akan bertanding di situ, saya cabar PAS supaya menuntut jawatan exco daripada kerajaan negeri pimpinan DAP agar suara PAS didengari," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Bukit Mertajam semalam. Beliau berkata, jika mereka tidak diberikan tempat, sewajarnya parti itu menarik diri daripada gabungan itu untuk menjaga maruah. "Saya bagi cabaran kepada PAS sekiranya kerajaan negeri DAP dan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng tidak menghormati parti itu dengan tidak memberi jawatan sebagai exco, saya sarankan PAS keluar dari pakatan pembangkang di Pulau Pinang," katanya. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: Khairy jerut leher sendiri!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan