"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aziz Bari terkena sindrom memperlekeh Presiden Pas / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Basir Hj Ismail
Ahli PAS Kubang Pasu

Walaupun ada pihak yang menyokong dan berpuashati dengan sikap Dr Abdul Aziz Bari yang juga dikenali sebagai ‘orang bukan parti’ apabila menghentam Presiden dan pemimpin kanan PAS dengan pelbagai istilah, namun saya menanggapinya sebagai individu yang mempunyai agenda tertentu dan cuba membuat provokasi kepada ahali-ahli Pas..

Apakah maksud sebenar yang diinginkan oleh Aziz Bari, apabila masih membuat kenyataan dalam Malaysiakini hari ini (Jumaat) setelah dia sendiri membuat pengesahan akan hadir di dalam seminar politik Pas pada hari esok (Sabtu) yang tidak sampai 24 jam lagi. Kenyataannya semakin hebat dank eras memperlekehkan kepimpinan Pas dalam kenyataan yang disiarkan dalam Malaysiakini tersebut.

Adakah di seminar politik esok, dia (Aziz Bari) tidak lagi berani ataupun mampu untuk mempertahankan kenyataannya yang memperlekehkan kepimpinan Pas seperti yang tersiar dalam media cetak dan online dalam minggu ini. Ataupun kerana dia telah dijangkiti sindrom ketagihan memperlekeh kepimpinan Pas dan tidak boleh hidup dengan aman, selesa dan sejahtera jika ia tidak memperlekehkan mereka (pemimpin Pas).

Bagi saya, sikap bersungguh-sungguhnya merendah-rendahkan kepimpinan Pas terutamanya Presiden, Timbalan Presiden dan pemimpin kanan Pas yang lain perlu dicurigai oleh ahli-ahli Pas yang berfikiran waras dan rasional. Jika diselidiki kenyataannya bukanlah suatu pandangan yang bernas, sebaliknya ia juga bersifat provokasi menjelang seminar politik Pas yang akan berlangsung pada hari esok, Sabtu.

Kelantangan Aziz Bari dalam memperkatakan hal rumah tangga dan kepimpinan Pas seperti didorong oleh anasir tertentu ataupun mendapat sokongan kuat dari pihak-pihak tertentu supaya ia berbuat demikian. Saya amat yakin bahawa ahli Pas yang waras dapat merasakan perlekehan Aziz Bari ke atas Presiden parti adalah amat berlebih-lebihan dan keterlaluan, sekaligus mendedahkan tentang kerendahan moral dan integritinya sebagai seoraang ahli akademik.

Bagaimana orang yang tidak memiliki integriti sepertinya boleh kita pakai pandangan dan tegurannya. Lebih mengelihati lagi, apabila tindakannya seolah-olah ia lebih sayangkan Pas dari beratus-ratus pemimpin dan ahli-ahli Pas yang lain.

Oleh itu, tidak salah jika saya turut mengingatkan kepada seluruh ahli Pas lain supaya berhati-hati dengan tindak tanduk Aziz Bari ini kerana ia bukan sahaja tidak membantu memperkasakan Pas malah akan memecahbelahkan Pas, sekaligus akan memudahkan pihak musuh untuk berdepan dengan Pas.

Bagi yang menyokong Aziz Bari adalah perlu mereka ini melihat bukan dengan mata kepala semata-mata tetapi juga hendaklah melihat dengan mata hati supaya sikap dia yang biadap dan keceluparan lidahnya tidak meresap serta menjadi ikutan ahli-ahli Pas yang lain. Saya tetap berpendirian bahawa soal kepimpinan Pas, ahli-ahli Pas sendiri mampu menilai samada ia baik ataupun buruk.

Pas tidak perlu kepada orang luar sepertinya untuk menentukan kepimpinnnya kerana orang luar tidak ada pertanggungjawapan kepada Pas, apatah lagi mahu bersama-sama Pas mengharungi perjuangan Islam yang menjadi paksi perjuangannya. Adalah lebih baik Aziz Bari memfokuskan kepada isu pencabulan Perlembangaan yang dilakukan oleh Umno/Bn di Perak dari turut terlibat hendak menentukan kepimpinan Pas.

Wallahu alam

Tiada ulasan: