"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelarian Islam tak layak dapat zakat di Malaysia? / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

ROZMAL MALAKAN

Ahad 1 November 2009 hampir masuk waktu Asar di Surau Taman Alamanda, Senawang. Almaklumlah hari minggu kebiasaannya tidak ramai ke surau kerana ada yang balik kampung dan sebagainya. Hanya aku sorang, masuk surau nampak seorang remaja lelaki sedang terbaring dalam surau. Aku biarkan dia baring. Aku pun azan asar. Lepas azan tengok remaja tadi telah tiada, begnya masih ada. Ambil wudu barangkali.

Saya pun qamat dan remaja tadi sebagai makmum. Selesai solat dan doa aku perhatikan remaja tadi , dengan pakaian yang agak lusuh dan nampak keletihan.

Remaja tadi pada awalnya tidak berkata apa-apa, hanya setelah aku bertanya barulah dia bercakap. Umurnya sekitar 15 tahun, merupakan pelarian Islam Rohingya. Datang ke Malaysia ketika umur 8 tahun bersama ibunya. Mendapatkan kad pelarian yang sah dari UNHCR (aku minta kad untuk pengesahan). Ayahnya mati dibunuh di Myanmar. Datuknya seorang ulama, meninggal dunia di Myanmar sebab sakit tua sekitar usia 100 tahun.

Remaja tadi datang dari Kedah bersama makcik , jual buku agama dari rumah ke rumah sebagai sumber rezeki untuk adik-adiknya. Disebabkan status dia pelarian walaupun ada kad UNHCR , dia tidak dapat bekerja secara sah, tidak dapat belajar secara formal, hanya mengaji di madrasah pondok.

Menurutnya dia juga tidak layak mendapat bantuan Majlis Agama Islam dan Baitul Mal (tidak pasti lagi, aku perlu periksa dengan JAKIM dan Baitul Mal). Walaubagaimanapun adik-adiknya belajar di sekolah kerajaan kerana dilahirkan di Malaysia , jadinya ada surat beranak.

Remaja tadi ada saudara mara beberapa keluarga pelarian Islam Rohingya sekitar Seremban.

Sebelum berpisah aku beli daripada remaja tadi sebuah buku tauladan anak-anak soleh. Dia jual pada harga RM 13 , aku berikan RM 30.

Ketika memandu aku berfikir, sebenarnya tak berbaloi aku beri remaja tadi RM 30. Kerana disebabkan remaja tadi aku dapat solat berjemaah yang pahalanya 27 kali ganda lebih daripada solat sendirian, kalau tak ada remaja tadi , solat soranglah aku.

Sempena Idil Adha ini mungkin ada baiknya kita cari keluarga Islam Rohingya di sekeliling kita yang lebih memerlukan , dan mereka ini berada di beberapa bandar-bandar seluruh Malaysia.

Kadang-kadang nak derma ni kita berkira-kira sangat. Tapi kalau nak melabur sanggup pinjam keliling pinggang yang akhirnya pelaburan tadi lebur, dunia tak dapat, akhirat pun melepas.

Tiada ulasan: