"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO Kecewa Bila Dua Pemimpin MCA Berdamai / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Tok Janggut

Sejak isu PKFZ timbul, puak yang paling risau dan tak senang duduk ialah UMNO Pusat dan UMNO Negeri Selangor. Ini adalah kerana segala penyelewengan berbillion wang rakyat itu dikaitkan dengan mereka ini. Mereka amat bimbang sekiranya segala penyelewengan ini terbongkar kepada umum, pastinya mereka akan diambil tindakan. Menteri Pengangkutan, Ong Tee Kiat yang bertindak mengetuai penyiasatan ini telah berjanji akan membongkar semua penyelewengan ini kerana beliau tahu ianya berlaku sejak zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Kesungguhan Ong ini menggusarkan pemimpin UMNO Pusat dan Negeri Selangor maka mereka menggunakan Syarikat Dimensi supaya membuat kenyataan bahawa Ong telah menerima RM10juta dari Dimensi. Adalah pelik, pengerusi syarikat Dimensi adalah Ahli Parlimen BN, mana mungkin beliau sanggup atau berani membuat pendedahan sebegitu kepada umum jika tiada dalang dibelakangnya.

UMNO lega dengan harapan Ong akan diambil tindakan atas alasan menerima rasuah dan akan meletakan jawatan dan tidak lagi terlibat dengan penyiasatan PKFZ. Hasrat UMNO meleset apabila Ong bangkit melawan dan menafikan ada menerima wang tersebut dan bertindak menyaman Dimensi pula. Setelah gagal untuk menjatuhkan Ong, UMNO memainkan peranan pula dalam pemilihan parti MCA baru-baru ini. UMNO dikatakan turut berperanan menjadi dalang supaya Ong dipecat atau digugurkan oleh perwakilan MCA, UMNO gagal juga kerana walaupun mendapat undi tak percaya, Ong masih mempertahankan jawatanya. UMNO cuba pula melaga-lagakan Ong dengan Sooi Lek agar kedua-dua mereka ini disingkirkan oleh MCA dari jawatan dalam parti dan ini akan memudahkan UMNO memecat Ong dari jawatan menteri, gagal juga UMNO malahan Ong dan Sooi Lek telah mengambil keputusan berdamai kerana mereka sudah menghidu agenda UMNO sebenarnya. Walaubagaimanapun keputusan ROS yang mengekalkan Sooi Lek sebagai Timabalan Presiden MCA bakal mengundang padah dan petaka yang lebih dahsyat dalam Barisan Nasional kelak. Kita tunggu dan lihat nanti.

Inilah wajah parti minoriti dalam Barisan Nasional iaitu UMNO sebenarnya, jika ada sesiapa yang cuba mendedahkan penyelewengan dan salahguna kuasa dari kalangan mereka, pasti akan diambil tindakan samada cara kotor atau cara halus. Yang mendedahkan akan ditangkap dan di siasat, manakala yang dituduh akan dibela dan dilindungi. Rakyat masih menunggu hasil siasatan PKFZ, apakah kesudahnya atau akan hanya diistiharkan oleh Peguam Negara, "tidak ada kes" atau "tidak cukup bukti" bagi menyelamatkan UMNO, bukan untuk menyelamatkan rakyat, Negara dan khazanah Negara. Kita lihat saja ikan bilis UMNO yang didakwa oleh SPRM di Mahkamah sekarang di Selangor, sedangkan Khir Toyo yang diketahui punya berpuluh-puluh lapuran rasuah dan penyelewengan yang dilapurkan oleh Pakatan Rakyat sehingga kini tiada kabar berita. Itulah henbat dan kebalnya Khir Toyo semata-mata kerana beliau taat dan patuh pada UMNO dan pemimpin korupnya.

Tiada ulasan: