"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Akan Tetap Bersama Pakatan Rakyat / Nizar / PKFZ

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa PAS akan menarik diri daripada Pakatan Rakyat(PR).Beliau juga menyelar mereka yang cuba menimbulkan konflik dalam Pakatan Rakyat dengan menimbulkan pelbagai kontroversi dan provokasi semata-mata untuk melihat PR berpecah.

"Konflik yang melanda PAS kebelakangan ini telah mengundang pelbagai persepsi dikalangan masyarakat dan penyokong.Ada juga yang mengandaikan PAS akan berpecah.

Namun begitu walau apa jua yang dilemparkan oleh pihak yang cuba melihat PR retak ianya tidak akan menjadi realiti kerana PAS akan tetap bersama dalam PR.

"Kekhilafan dan perbezaan pandangan yang berlaku dalam PAS sejak mutakhir ini tidak menimbulkan impak yang besar dan tidak pula sampai kepada perpecahan seperti yang didakwa mereka.Sebaliknya perbezaan tersebut adalah perkara yang lumrah tetapi ia tidak akan sampai kepada perpecahan dalam parti."

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata PAS tidak menolak untuk mengadakan perbincangan dengan Umno dan sesiapa sahaja.

"PAS akan tetap bersatu dan tidak akan berpecah kepada kumpulan yang berpihak samada kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz ataupun kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh media dan mereka yang ingin melihat PAS berpecah selama ini."katanya lagi.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah pada majlis Ihtifal PASTI kawasan Nibong Tebal.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungei Bakap, Maktar Shapee, Yang Dipertua PAS kawasan Nibong Tebal, Rahman Ramjan dan kepimpinan Pakatan Rakyat kawasan Nibong Tebal.
-siasahdaily-

Tiada ulasan: