"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) tidak ada jaminan / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Nov:
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor gagal memberi jaminan bahawa keretakan jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) tidak akan berulang.

Bercakap pada sesi soal jawab lisan di dewan rakyat semalam, Shaziman hanya memberi keyakinan jejambat berkenaan hanya selamat digunakan buat masa ini dan tidak mampu memberi jaminan keretakan tidak berulang.

Beliau memberitahu demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mahu menteri berkenaan menyatakan tahap keselamatan MRR2 pada masa ini.

Ia kerana jejambat berkenaan beberapa kali sebelum ini mengalami keretakan dan kali terakhir kerja pembaikian dijalankan akhir 2008 terhadap 'carbon fibre reinforced plastic' (CFRP) pra-tegasan pada tiang 28 yang tercabut.

Shaziman turut memaklumkan tiang 28 tersebut telah dibaiki dan ditambah jaring dalam struktur CFRP yang baru bagi menguatkan tiang berkenaan.

Mahfuz yang tidak berpuas hati dengan jawapan menteri bangkit sekali lagi mengemukakan soalan tambahan.

Beliau mempertikai tindakan kerajaan yang masih menggunakan bahan CFRP sedangkan syarikat perunding pakar perunding British, Halcrow Consultants Ltd (Halcrow) yang dilantik JKR sendiri, tidak mengesyorkannya.

"Apakah jaminan kerajaan bahawa perkara yang sama tidak akan berlaku pada pier (tiang) yang lain, kalau boleh berlaku pada pier 28, tidak mustahil akan berlaku pada 32 tiang yang lain?

"Saya difahamkan perunding antarabangasa yang dilantik oleh Kementerian Kerja Raya iaitu Halcrow telah memberi nasihat kepada kementerian supaya tidak menggunakan kaedah CFRP," katanya.

CFRP dakwanya boleh bertindak balas secara kimia dengan alkali dalam simen dan boleh mengakibatkan keretakan pada struktur binaan jejambat.

Menjawab persoalan yang dibangkitkan itu, Shaziman bagaimanapun mengakui sememangnya tindak balas kimia berkenaan boleh berlaku dan mampu menjejaskan struktur binaan.

Namun beliau sekali lagi memberitahu MRR2 adalah selamat untuk digunakan.

"Memang ada tindakan Karbon Fiber (CFRP) ini dengan simen atau alkaline yang ada dalam pier ini... namun faktor keselamatan pier itu telah diambil kira," katanya.

Mahfuz ketika diminta mengulas perkara itu di luar dewan turut mendakwa masalah MRR2 ada kaitan dengan salah guna kuasa kepimpinan Umno.

Bekas setiausaha Umno Terengganu, Dato' Dr Rosli Mat Hassan dan bekas bendahari, Senator Dato' Roslan Awang Chik didakwa terlibat dalam kes rasuah pembinaan MRR2.

Kedua dua mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 10 Jun lalu namun dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM20,000 setiap seorang.

"Apa tindakan SPRM terhadap dua tokoh Umno Terengganu itu, saya percaya masalah MRR2 ada kaitan dengan kepimpinan Umno," katanya.

3 Ogos lalu, MRR2 ditutup kepada semua kenderaan apabila satu daripada tiang yang pernah dibaiki sebelum ini dikesan retak semula. Penutupan itu adalah kali ketiga dalam tempoh empat tahun, kali pertama pada Ogos 2004 dan kali kedua pada Februari 2006.

Tiang yang mengalami keretakan itu adalah termasuk dalam laluan yang dibina oleh Konsortium Bumi Hiway, SUKMIM Sdn Bhd dan Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd melalui kontrek Pakej II MRR2 berharga RM238 juta.

Berikutan keretakan kali pertama pada 2004, Unit Kejuruteraan BPR menjalankan siasatan untuk mengesan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pembinaan projek berkenaan.

Manakala siasatan yang dijalankan Halcrow mendapati ia berlaku akibat kecuaian pemasangan cerucuk dan tetulang besi yang tidak mengikut spesifikasi dan reka bentuk.

Tiada ulasan: