"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Sejak Bila Umno Pentingkan Agama? / PKFZ

Sofi Wahab

Saya hairan dan terpinga-pinga bila Presiden Umno berkata semalam bahawa bersedia berunding kerana ia merupakan tuntutan agama. Sejak bila pula Umno pentingkan agama sedangkan sebelum ini Umno dan pemimpinnya mencemuh Islam dengan pelbagai tuduhan seperti hudud tidak sesuai, undang-undang Islam tidak boleh dijalankan di Malaysia kerana bertentangan dengan perlembagaan dan berbagai lagi cemuhan.

Tetapi dalam hal perundingan antara PAS dan Umno, tiba-tiba Umno ingin menjadi juara. Jelas bahawa Umno menggunakan Islam untuk kepentingan politik semata-mata.
Najib memberitahu semalam bahawa UMNO sentiasa mempunyai pendirian jelas bahawa selagi rundingan itu membawa kebaikan maka bersedia untuk mengadakan rundingan.

Hebat nampaknya Najib bercakap. Tetapi semua itu adalah untuk kepentingan politik Umno kerana mereka tahu jika rundingan itu berlaku sudah tentu akan berlaku perselisihan pendapat di dalam PAS. Jadi Umno untung.

"UMNO bersedia berunding kerana ia merupakan tuntutan agama, kami buat kerana tuntutan agama bukan kerana politik, itu adalah pendirian kita," kata Najib lagi pada Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Perdana Menteri berkata, rundingan antara UMNO dan Pas tidak bermakna kedua-dua pihak terikat tangan.

Semua rakyat tahu mengapa Umno terlalu kuat nafsunya untuk berunding dengan PAS. Ianya tak lain tak bukan untuk kepentingan politik Umno yang sedang terumbang- ambing selepas kekalahan pada PRU 2008 lalu

http://mutaligat.blogspot.com/

Tiada ulasan: