"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAC bakal soal-siasat Ketua Hakim? / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Neo Chee Hua

Menurut satu projek "Rawang-Ipoh Double Tracking recovery work" yang disediakan oleh syarikat Australia, MVM Rail Pty Ltd untuk DRB-Hicom Sdn Bhd, Emrail Sdn Bhd akan berganding dengan MVM Rail Pty Ltd dan Leighton Internati Onal sebagai konglomerat untuk menjalankan projek pemulihan ini antara Januari 2004 hingga Januari 2007.

Projek ini merangkumi kerja pemulihan, charge eletrik dan mempertingkatkan taraf landasan. Kedudukan dominan Emrail Sdn Bhd terserlah memandangkan syarikat ini memiliki 55% saham, selain 15% dimiliki MVM Rail dan 30% dimiliki Leighton Internati Onal dalam konglomarat ini.

Asasnya, bukti-bukti tersebut dengan jelas menyatakan hubungan antara Zaki Azmi dengan Emrail Sdn Bhd, dan peranan Zaki Azmi dalam isu peningkatan kos Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh. Dari tahun 2002 hingga 2007, pada ketika kos projek ini melonjak, Zaki Azmi ialah peneraju Emrail Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara yang kontroversial

Zaki Azmi dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada September 2007, sebelum menjadi Presiden Mahkamah Rayuan pada Disember 2007. Beliau "mencipta sejarah" apabila dinaikkan pangkat menjadi Ketua Hakim Negara pada Oktober 2008, dalam tempoh setahun.

Namun demikian, adalah tidak adil sekiranya dikatakan bahawa Zaki Azmi tidak perlu bertanggungjawab ke atas peningkatan kos sejumlah RM1.43 bilion ini.

Pada hakikatnya, Zaki Azmi (gambar kiri) merupakan seorang yang kontroversial, dengan hubungannya yang rapat dengan UMNO. Sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada September 2007, Zaki Azmi pernah menjawat Pengerusi Lembaga Disiplin (Teknikal) UMNO, Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO, dan seterusnya Panel Rayuan Disiplin UMNO.

Selain hubungannya yang rapat dengan UMNO, Zaki Azmi juga aktif dalam bidang perniagaan. Antaranya, nama Zaki Azmi muncul di senarai Lembaga Pengarah dalam Laporan Kewangan Tahunan 2000 Berjaya Land. Berjaya Land adalah syarikat di bawah Berjaya Group yang dimiliki Vincent Tan Chee Yioun.

Vincent Tan, Pengerusi merangkap CEO Berjaya Group ini pula terbabit dalam skandal "Lingam Tape", dituduh terlibat bersama peguamnya, VK Lingam untuk melobi Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad untuk melantik Ahmad Fairuz sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Di samping itu, Zaki Azmi pernah menjawat non-executive director syarikat tersenarai, Bina Darulaman Berhad di bawah Kedah State Economic Development Corporation. Antara tahun 2004 hingga 2007, beliau ialah Pengerusi Kumpulan Fima Berhad. Pada masa yang sama, beliau ialah Pengarah untuk banyak syarikat, termasuk HLG Capital, Petronas, Panasonic, Narra Industries Berhad dan sebagainya.

Beranikah PAC menyiasat Ketua Hakim Negara?

Jikalah dilihat hubungan terus Zaki Zami, Emrail Sdn Bhd dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh, nama Zaki Azmi seharusnya muncul dalam senarai pihak yang perlu dipanggil untuk disoal siasat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

Persoalannya, adakah PAC berani untuk memanggil Ketua Hakim Negara supaya hadir ke prosiding? Malah, biarpun Zaki Azmi dipanggil, sama ada beliau akan disabitkan kesalahan, masih kekal sebagai tanda soal.

Seandainya dirujuk kepada laporan siasatan PAC terhadap kes skandal Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), kesudahannya mungkin dapat diramalkan. Sebelum ini, sumber dalaman dipetik memaklumkan bahawa bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, O.C Phang mungkin perlu memikul sebahagian besar tanggungjawab ke atas PKFZ, sementara seorang bekas Menteri pula mungkin disabit kesalahan.

Namun, salah seorang watak utama dalam skandal PKFZ, Tiong King Sing pula tidak dimasukkan dalam senarai pihak yang perlu bertanggungjawab. Menurut sumber tersebut, alasannya berbunyi "pihak yang bertanggungjawab ialah Kuala Dimensi Sdn Bhd, dan bukannya Tiong King Sing secara individu."

Seandainya digunakan logik ini, alasan yang sama juga boleh digunakan ke atas Zaki Azmi. Jangan terperanjat sekiranya laporan PAC berbunyi, "Pihak yang perlu bertanggungjawab ke atas peningkatan kos Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh ialah syarikat Emrail Sdn Bhd, dan bukannya Zaki Azmi secara individu".

Maklumlah, dalam politik Malaysia, selagi kuasa berada dalam genggaman, seseorang itu tetap kebal dari sebarang kesalahan. (Bahagian ketiga, tamat)

Bahagian pertama: Peningkatan kos RM1.43 bilion Ketua Hakim Negara terlibat

Bahagian kedua: Punca peningkatan kos Projek Landasan Berkembar

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Tiada ulasan: