BERHUBUNG perkara di atas, kepimpinan PAS Kawasan Batu akan mengiringi sekumpulan enam ahli parlimen PAS untuk meninjau prasarana dan suasana persekolahan Sek. Keb. Seri Perak yang kini beroperasi di bawah flat DBKL.
2. Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Haji Ishak Surin dan anggota Exconya akan mengiringi YB. Dato' Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena); YB Salahuddin Ayob (Kubang Kerian); YB Dr Lo'Lo' Dato' Ghazali (Titiwangsa); YB Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang); YB Firdaus Jaafar (Jerai) dan YB Dr. Hayati Othman (Pendang) meninjau sekolah ini.
Tarikh : 03hb. November 2009 / Selasa
Masa/Jam : 10.00 pagi
Tempat : Sekitar Sek. Sri Perak, Bandar Baru Sentul
Kuala Lumpur
3. Sehubungan itu, kami amat berharap agar pihak tuan dapat melaporkan isu ini agar pembatalan projek pembinaan sekolah ini dan isu penerusan operasi sekolah di bawah flat dapat siarkan kepada umum, dan diutarakan di Dewan Rakyat yang sedang bersidang sekarang oleh ahli-ahli parlimen ini.
4. PAS Kawasan Batu merakamkan jutaan terima kasih atas perhatian dan kerjasama serta rasa tanggungjawab pihak media berikan. Saya bagi pihak kepimpinan PAS, dahulukan lafaz JazakalLah’ukhairan Kathsiro dan didoakan tuan sentiasa diberkati Allah SWT hendaknya.
Sekian harap maklum.
PAS UNTUK SEMUA
ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN
Akhukum fil Islam,
HAJI ISMAIL BIN YAHYA
Setiausaha PAS Kawasan Batu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan