"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kempen Pengkhianat - Belum lancar, Umno sudah tertekan

Ustaz Idris Ahmad
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kian tertekan dengan agenda Kempen Umno Pengkhianat rakyat yang bakal di lancarkan bulan hadapan. PAS telah menetapkan tarikh pelancaran lebih awal iaitu pada 9 Januari 2010 dan Umno juga terdesak mengikuti rentak PAS dan melancarkan kempen mereka pada tarikh yang sama.

Jelas disitu bahawa Umnolah yang iri hati pada PAS bukannya PAS kerana hasrat kita adalah untuk mendedahkan segala pengkhianatan mereka. PAS tidak akan berdiam diri melihat rakyat terus tertipu dengan kempen Umno Juara Rakyat, kerana rakyat perlu tahu sikap sebenar Umno terhadap mereka.

Kempen tahun hadapan bukan untuk menentang Umno sahaja, tetapi untuk seluruh organisasi Barisan Nasional yang sememangnya Barisan Nazak sekarang. Kempen Umno Pengkhianat Rakyat akan dilancarkan dalam Seminar Penerangan Isu-Isu Semasa PAS pada 9 Januari 2009 bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Seminar ini akan dihadiri oleh;

Ahli Majlis Syura Ulama Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama’ Pas Pusat Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas PusatAhli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat Dewan Harian Badan Perhubungan Negeri-Negeri Setiausaha Lajnah Penerangan Badan Perhubungan Negeri-Negeri/WP Ketua Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri-Negeri Setiausaha Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat Ahli Parlimen Ahli Dewan Negara Adun-AdunYang Di Pertua PAS Kawasan Setiausaha PAS Kawasan Ketua Penerangan Kawasan. Setiausaha Penerangan Kawasan

Komitmen dari setiap peserta dan seluruh jentera PAS bagi memastikan maklumat-maklumat penting sampai kepada rakyat menjadi keutamaan. Umno dan BN akan terus tertekan dan mengelupur hingga ke akar umbi dengan usaha dan kerja keras dari setiap mereka yang bergelar ahli dan penyokong PAS.

Adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk mengantikan Umno sebagai juara rakyat dan memastikan rakyat benar-benar mendapat pembelaan dan bukannya dizalimi seperti yang berlaku dalam isu royalti di Kelantan dan diseluruh negara sekarang.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tiada ulasan: