"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Blog punca bekas S/U PMRAM dinafikan ijazah

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 28 Dis:
Bekas Setiausaha Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Syafiq Zulakifly, 24 dilengahkan dari mendapat salinan ijazahnya ekoran mengkritik pihak Jabatan Penuntut Malaysia-Kaherah (MKSD) dalam blog peribadinya.

Kritikan tersebut berhubung MKSD menggagalkan aktiviti tradisi PMRM, Kutub Sittah yang sepatutnya berlangsung di Dewan Utama, Pusat Konvensyen Al-Azhar (ACC), Kaherah Oktober lalu.

“Mereka (MKSD) sengaja melengah-lengahkan proses penterjemahan sijil (ijazah) saya atau yang sebenarnya tidak mahu mengesahkan sijil saya ini disebabkan saya tulis dalam blog tentang pembatalan (aktiviti) Kutub Sittah,” jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Beliau yang kini merupakan Editor Sastera di PTS Publication mendakwa kritikan tersebut sebenarnya dipetik dari suatu blog yang lain.

“Asalnya kenyataan itu bukan kenyataan saya. Kenyataan itu adalah kenyataan orang lain yang saya tulis (semula) dalam blog saya,” jelasnya.

Penjelasan tersebut merujuk pada tulisan ‘PMRAM Perlu Ucapkan Terima Kasih kepada JMPK’ di laman blognya, http://typeace.blogspot.com yang dipaparkan pada 21 Oktober lalu.

"Tahniah buat PMRAM dengan majlis ini. Kalau tiada ujian, rasaya tak rasa manisnya perjuangan. Luruh air mata melihat gambar-gambar program Kutub Sittah di Asrama Johor,” tulis beliau dalam blognya.

“Kalau di ACC dengan keselesaan maybe (mungkin) biasa saja ana lihat. Allah hantar JPMK kat (ke) Mesir sebagai ujian kita. Kita terima dengan redha. Mereka halang pun mereka tak dapat apa.”

Disebabkan tulis tersebut, beliau berkata, MKSD memintanya membuat penjelasan lanjut.

Beliau mendakwa Pegawai MKSD, Zulkifli Din serta Umno sebagai dalang di sebalik kesulitan yang dihadapinya

“Ya, Encik Zulkifli Din dalangnya (dan) cuba menimbulkan masalah (kesulitan) dengan penuntut -penuntut (yang menyertai) PMRAM...kononnya mereka (penuntut) ini adalah pembangkang (PAS) dan (lalu) dikenakan pelbagai halangan birokrasi,” jelasnya.

Beliau percaya, tekanan yang sedang dihadapinya itu disebabkan Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan at-Tantawi memberi respon balas dalam media massa pada sebulan kemudiannya, berhubung isu pembatalan Kutub Sittah dan usaha proksi Umno-Kaherah untuk mengharamkan PMRAM.

Beliau turut meminta pihak berwajib mendesak MKSD supaya memulangkan hak mendapatkan sijil ijazah kerana beliau telahpun graduan.

Disebabkan tekanan politik MKSD itu, beliau meminta kenalannya mendapatkan sijil ijazahnya sesegera mungkin untuk diterjemahkan di Pusat Penterjemahan Negara (PPN) kelak.

Disebabkan sentimen kepartian di kalangan pegawai tertentu MKSD, akhirnya mengakibatkan pelajar-pelajar Malaysia terus dianiaya.

Tiada ulasan: