IZMAS
IRAN dengan beraninya mengumumkan pengeluaran kumpulan pertama uranium yang diperkaya menjadi tahap lebih tinggi sehingga lebih 80 peratus yang berpotensi menghasilkan bom atom. Pengumuman itu membimbangkan AS walaupun sehari sebelum itu Iran sudah dikenakan sekatan baru.
Negara berfaham Syiah itu menggegarkan dunia khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Israel apabila berjaya menghasilkan ‘stok pertma’ uranium yang diperkaya lebih 20 peratus bagi mencapai tahap ‘negara nuklear’. Kejayaan itu sekaligus membawa maksud Iran sudah bangkit dan tidak akan tunduk di bawah kuasa besar yang sebelum ini boleh melakukan apa ssaja kepada negara kecil dengah kekuatan senjata mereka yang canggih.
Ternyata kini AS dan kuasa barat lain tidak boleh membuli Iran seperti yang sudah dilakukan kepada negara-negara Islam lain di rantau Telok. AS dikatakan sedang menimbangkan menggunakan kuasa ketenteraan untuk menghalang dan menghentikan Iran dari terus menjayakan program pengkayaan uraniumnya.Namun, beberapa pemerhati berpendapat langkah itu sudah terlambat dan jika AS berani menyerang Iran ia boleh membawa peperangan nuklear yang merbahya dan mengancam Asia Barat dan dunia umumnya.
Dari awal lagi Iran terus membangunkan loji senjata nuklear walaupun kuasa barat yang diketuai AS sudah melaksanakan pelbagai sekatan demi sekatan kepada republik negara Islam itu dengan alasan Iran berhasrat membina senjata nuklear sekaligus membuat bom atom bagi menyerang Israel.
AS dengan dibantu Britain, Perancis, Jerman dan beberapa lagi negara Eropah menggunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk menyekat program nuklear negara itu. Menurut andaian popular di barat, Iran akan menggunakan pembangunan loji nuklearnya untuk mempertahan diri dari serangan Israel tetapi pada waktu sama menyerang negara Zonis itu jika diserang.
AS menggunkan IAEA menghasut wakil 25 negara supaya menyokong sekatan ke atas Iran kecuali Malaysia, Cuba dan Venezuela. Namun, Malaysia juga akhirnya tunduk dengan tekanan apabila terpaksa memanggil pulang Wakil Tetapnya di PBB, Datuk Mohd Arshad Hussein selepas beliau mengundi menghalang resolusi itu walaupun pada dasarnya Malaysia menentang mana-mana negara lain membangunkan program nuklear seperti Korea Utara, India dan AS sendiri.
Malaysia di bawah PM Najib mengambil pendirian negatif tidak seperti dizaman Dr Mahathir yang berani menentang dan mendedah agenda barat. Najib seolah-olah takut dengan tekanan kuasa besar yang diketuai AS padahal jika dilihat dari persepktif lebih luas pendirian itu sebenarnya tidak boleh mengubah keputusan Iran untuk terus membina program nuklearnya dan pada waktu sama tidak juga boleh menukar ancaman barat dari terus menekan Iran.
Kenapa negara barat terutama AS dan Israel bimbang dengan program nuklear Iran padahal sudah diberitahu berulangkali bahawa proram itu untuk kegunaan tenaga dan bukan membuat senjata pemusnah? Mengapa negara lain termasuk India, Pakistan dan Israel dibenarkan melancarkan program nuklear, tetapi tidak kepada Republik Islam Iran? Adakah AS dan negara-negara barat bimbang Iran akan menggunakan senjata itu untuk menyerang dan memusnahkan Israel – sekutu kuat barat? Andaian itu ridak boleh diketepaikan kerana samada setuju atau tidak, Iran sebenarnya berhak membangunkan senjata nuklear dan membuat bom atom sebagai memberi amaran sekaligus menakutkan Israel supaya tidak bertindak sebarangan kepada negera-negara Islam di Semenanjung Arab termasuk Iran.
Dengan munculnya Iran sebagai ‘kuasa nuklear’ sudah menjadi ketakutan yang amat besar kepada Israel supaya lebih berhati-hati dalam hubungannya dengan negara jiran Arabnya apalagi melakukan sebarang bentuk serangan sewenang-wenangnya seperti sebelumnya. Dalam situasi terkini, Israel pasti berfikir banyak kali sebelum menyerang mana-mana negara Islam yang berdekatan Iran termasuk Palestin.
Menurut penganalisis barat, Israel sebenarnya paling bimbang senjata nuklear Iran itu boleh menjadi milik sekutu kuatnya di Lebanon dan Syria. Ini bermakna senjata pemusnah itu boleh jatuh ke tangan kumpulan militan yang digeruni - Hizbullah dan Hamas. Jika ini terjadi, ia bakal mengancam kewujudan terus negara haram Zionis itu kerana secara langsung bermakna kekuatan ketenteraan rejim zionis itu sedikit sebanyak sudah diimbangi oleh kekuatan senjata canggih yang sudah dimilkki oleh Lebanon dan Syria.
Iran dibawah Presidennya yang bertubuh kecil tetapi lantang bersuara, Mahmoud Ahmadinejad tidak tunduk kepada amaran AS supaya hadir semula ke meja perundingan bagi menghentikan usaha program nuklernya. Terbaharu, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton sudah berjumpa Raja Abdullah dari Arab Saudi supaya memujuk China mengajak Iran menyambung semula rundingan damai. PM Israel, Benjamin Nethanyahu yang dalam ketakutan, terbang tergesa-gesa ke Moscow untuk memujuk pemimpin tertinggi di Russia supaya mengenakan lebih banyak sekatan dan tekanan kepada Iran. Iran secara terbuka melancarkan roket terbaru, Kavoshgar-3 ke angkasa lepas untuk tujuan penyelidikan. Barat sudah menuduh roket yang membawa kepala peluru berpandu itu sebagai satu provokasi selepas IAEA mengenakan sekatan kepada Iran. Barat mendakwa percubaan itu sebagai isyarat Iran akan menggunkan tenaga nuklear dan penerokaan angaksa lepas bagi membina bom dan peluru berpandu balistik.
Penerokaan ke angkasa lepas amat membimbangkan AS dan Israel apalagi dengan peningkatan tahap memperkaya uranium hingga boleh menghasilkan bom atom yang boleh mengancam negara Yahudi itu. Tidak dapat dinafikan negara Islam paling digeruni barat khususnya Israel ketika ini sudah muncul sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis Nabi Muhamad (SAW) yang bermaksud; Di akhir zaman kelak muncul kaum dari anak cucu keturunan sahabat Baginda bernama Salman Al Farisi yang akan bangkit membela dan berjuang untuk Islam dari ancaman musuh-musuhnya kaum kufar. Keturunan anak cucu Salman itu berasal dari Parsi yang bermaksud tanah besar Iran seperti yang dikenal hari ini.
1 ulasan:
salam ziarah,,,mentor...boleh tolong linkkan blog .
Catat Ulasan