"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Malaysia sarang gangster ke, filem Tamil dan Taksub

amkns
JANGAN JADIKAN KLANG, KUALA LANGAT DAN SHAH ALAM SARANG GANGSTER (Dari Blog Singalautmetro) SAMA ADA kita mahu mengakui atau menafikan, fenomena jenayah serang berkumpulan termasuk bunuh bukan sesuatu yang pelik di beberapa daerah di sekitar Selangor. Sebagai contoh bagaimana seorang pemuda dari Sabah terbunuh dikeronyok oleh sekumpulan lelaki dipercayai keturunan India di Sri Muda, Shah Alam tidak lama dulu.
Tidak pasti di mana hujungnya kes itu kini. Kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain juga boleh dikatogerikan sebagai jenayah berkumpulan, malah lebih terancang dengan seorang peguam dipercayai menjadi dalangnya. 



Kalau dibuat tinjauan atau kaji selidik di beberapa kawasan tertentu di Selangor, hasilnya pasti tidak menolak tanggapan mengenai wujudnya serang secara berkumpulan ini. Kadang-kala puncanya kecil seperti tersondol kereta, boleh membawa kepada pergaduhan besar.

Kadang-kala hanya kerana membunyikan hon untuk memberi perhatian kepada pemilik kereta yang menghalang laluan di petak parkir, keadaan boleh bertukar seperti sekumpulan semut mengerumuni tumpahan gula! Keadaan telah menjadi terbalik. Yang melakukan kesalahan pula kelihatan seperti raja.

Kepada pihak berkuasa, mungkin tragedi menimpa Sosilawati ini boleh menjadi 'petunjuk' supaya ada kaedah khas dilakukan bagi membersihkan perlakuan jenayah yang dilakukan secara berkumpulan ini. Ini kerana jika dibiarkan ia akan menjadi barah di dalam kehidupan bermasyarakat.

Masyarakat sebenarnya telah lama menyimpan pertanyaan tentang gejala sakit di mata ini, tetapi diharapkan pertanyaan itu akan berjawab dengan segera bagi memastikan kehidupan aman dan harmoni menjadi teras kehidupan di mana-mana kawasan di negara ini.

Hidup tanpa jenayah dan tanpa budaya cacamarba amat diharapkan.

Filem Tamil dipantau
Utusan Malaysia 18 Sep 2010

IPOH, 17 Sept. - Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan mencari mekanisme untuk memantau kemasukan filem Tamil berunsur ganas yang dikatakan mempengaruhi masyarakat India di negara ini.

Pemantauan itu akan dibuat menerusi kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah.

"Kita akan mencari jalan mekanismenya...antaranya kita akan melihat kemasukan drama-drama bersiri dari India khususnya. Kita kena lihat kemasukan sama ada drama bersiri yang terlalu banyak boleh mendatangkan bermacam-macam masalah," katanya kepada pemberita selepas Seminar Pinjaman Tekun Nasional di sini hari ini.

Beliau berkata langkah itu adalah sebagai antara usaha kerajaan untuk membanteras kegiatan jenayah dan gangsterisme di kalangan masyarakat India terutama golongan remaja.

Taksub kepada majikan punca pembunuhan
Utusan Malaysia 18 Sep 2010

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Ketaksuban enam pekerja Ladang Gadong, Tanjung Sepat terhadap majikan dikatakan mendorong mereka untuk memukul sehingga mati jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Mereka kemudiannya membakar mayat mangsa sebelum abunya dibuang ke dalam sungai bagi menghapuskan bukti.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, kes itu melibatkan lapan suspek, bukan 17 orang seperti dilaporkan akhbar sebelum ini.

"Kita percaya enam suspek yang merupakan pekerja dua peguam itu begitu taksub dengan majikannya kerana rata-rata mereka sudah bekerja selama 15 tahun dengan mereka.

"Hasil pengakuan suspek, Sosilawati dan tiga rakannya diikat, dipukul dan ditikam sehingga mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai.

"Mereka bukan ahli kumpulan samseng tetapi suspek pekerja terbabit terlalu taksub dengan arahan yang diberikan," katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Tiada ulasan: