"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Daripada dok bangang bela Hassan Ali, baik bela Adam Adli


Penarik Beca
Nak jadi cerita, budak-budak press yang bijak korek cerita telah berjaya menjadikan proses pemilihan calon di dalam PAS Gombak terburai dari mulut Haji Saari Sungib. Tu la, jangan main-main dengan press. Lain kali, kalau tak cukup licik dan cerdik, jangan bercakap dengan press.

Akibatnya, kawan saya telefon semalam, disebarkan make believe punya auta kononnya apa yang berlaku tu perancangan JIM nak lingkupkan PAS. Senang sungguh cara depa nak tutup bangkai kawan depa. Reka cerita ikut sedap mulut kurang ajaq depa.

Memang la, boleh jadi betul boleh jadi tidak, dari dulu lagi aku rasa orang IRC pandang orang di luar kelompok depa terutama orang macam aku sebagai goyim. Depa bajet diri depa tu konon-konon chosen people la (Apa tu? Mukhtarah?)

Tapi kalau main suka hati ja nak tuduh JIM ikut sedap mulut hampa pun aku meluat jugak. Asal ada problem, tuduh JIM. Ada problem ja, tuduh JIM. Cari la hujah lain, bangang oi!

Apa orang nak tuduh Saari dan JIM, itu hampa punya pasai. Bagi aku, terburainya cerita-cerita dari mulut Saari tu adalah kebijaksanaan tak sengaja beliau. Dia bukan sengaja nak score. Tetapi dengan tak sengaja, dah terscore la pulak.

Aku ni dok tergelak sambil tulis benda ni. Kira lawak jugak kisah kebijaksanaan tak sengaja Saari tu.

Akibat terburainya cerita-cerita dari mulut Saari, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali telah mengambil tindakan disiplin terhadap dirinya sendiri. Tak payah PAS buat apa-apa, dia sendiri yang tergelejat-gelejat menghodohkan dirinya sendiri di mata begitu banyak orang PAS.

Dia cakap ikut sedap dia nak cakap ja sehingga orang-orang PAS jadi sakit hati kepadanya. Tu yang aku kata dia mengambil tindakan disiplin terhadap dirinya sendiri tu.

Sekarang, dalam Facebook, dah keluar kecaman terhadap prestasinya ketika jadi Adun Gombak Setia. Kita tak terkejut apa pun, masa dia jadi Adun Sungai Burung pun dah dengar macam-macam cerita.

Kebijaksanaan tak sengaja Saari juga mempercepatkan apa yang dijangka akan berlaku. Sebelum ni, saya dengar orang menjangkakan bahawa apabila dibubarkan dewan kelak dan sumpah laknat sebagai wakil rakyat PAS tidak lagi berkuatkuasa, Datuk Dr Harun Din akan memimpin Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa keluar TV dan media lain, mungkin dengan air mata terburai-burai, menyatakan betapa kasihnya mereka kepada PAS tetapi tak mampu lagi meneruskan... Kira sandiwara sakan la masa tu.

Rupa-rupanya tak dan bubar dewan dah buat kelaku dah. Kalau orang PAS tak bangang, patut depa terima kasih kat Saari. Bukan marah kat dia. Tapi kalau bangang, hidup la hampa dengan bangang hampa tu.

Tapi yang lebih menyebabkan kita tersenyum ialah kenyataan-kenyataan poyo seperti "Jauhi tuduh menuduh, sayangi sesama ahli". Tak payah nak auta la, dulu masa Haji Khalid Abdul Samad kena gantung, tak dak pulak cakap "kita sayang kepada semua ahli kita tanpa membezakan di antara satu sama lain". Nak temberang pun, agak-agak la!

Laa, panjang pulak aku tulis. Yang aku nak tulis ialah hentikanlah kerja bodoh membela Hassan Ali. Baik kita bela Adam Adli!

Adam hampir ditumbuk oleh mana punya Mamat aku pun tak tau. Nasib baik Adam tak dikeronyok ramai-ramai macam Aduka Taruna dikeronyok ramai-ramai oleh pahlawang-pahlawang di Rusila dulu.

Jangan biarkan Adam keseorangan (Gambar di atas ialah Datuk Seri Ruslan Mokhtar yang nak tumbuk Adam).

Berkaitan:
Turun bendera Najib: Adam hampir ditumbuk (Antara Pos)Hassan Ali cuba pengaruhi pimpinan PAS lain - Mustaffa Ali (Politik Suku Sakat)Hasan Ali dan Nasharuddin terperangkap dengan agenda Umno (Laman web PAS)

http://penarikbeca.blogspot.com/

Tiada ulasan: