Ahad 18 Dis 2011 jam 9.10 pagi, saya ke Pasaraya Sabasun di Gong Badak, Kuala Terengganu membeli beberapa barangan keperluan. Memasuki pasaraya, sistem penyiaran setempatnya mendendangkan alunan zikir Asma ul Husna. Manakala skrin-skrin iklan LCDnya memaparkan misi kemanusiaan yang dijalankan oleh Yayasan Amal Malaysia.
Selepas membayar dikaunter pula, saya disambut dengan pelaburan akhirat, iaitu tabung-tabung derma untuk tujuan kebajikan dan kemanusiaan.
Terasa begitu tenteram dan tenang sekali apabila membeli belah dan keluar dari pasaraya tersebut.
Semoga lebih banyak lagi pasaraya, pasar malam, pasar tani dan kedai-kedai di Malaysia ini boleh mencontohi Sabasun terutamanya yang dijalankan oleh orang Melayu dan orang Islam, harga pun berpatutan.
Maksud Hadith – “Sebaik-baik(yang disukai) tempat bagi Allah ialah masjid-masjid dan seburuk-buruk(yang dibenci) tempat bagi Allah ialah pasar-pasar.” (rawahul Muslim)
-tranungkite-
2 ulasan:
Ya Allah, selamatkan tanahair ku Malaysia..
******
Minta izin tuan tanah untuk iklan. Terima kasih :)
Promosi jualan lot secara ansuran serendah RM250.000 sebulan dan ke atas tanpa riba.
2- Jualan rumah banglo, Semi D, teres dan lain - lain dengan harga yang berpatutan.
Lokasi: Sekitar Jertih, Kg Padang, Jabi, Kg Bintang, Kg Raja, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan lain - lain tempat.
Kami sedia untuk membeli, menjual atau memajukan mana - mana lokasi tanah khususnya yang berpotensi untuk dibangunkan.
Ombak Murni Holding Sdn. Bhd (OMHSB)
En. Azmi bin Abdullah (Pegawai Pemasaran)
Tel: 019 920 5254
sistem bundar dia pun lain.. kalau harga kene bayar RM 1.24 ..dia bundar jadi RM 1.20 .. kalu RM 1.29 sen, jadi RM 1.25 sen .. Jika hari sabtu, hari tanpa beg plastik , caj beg plastik akan di masukkan ke tabung derma.. kadang2 kene caj, kadang xde.. kene pun 30 sen untuk brapa byk plastik pun ..
Catat Ulasan