"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Shahrizat sedia letak jawatan?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Dis: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijangka akan mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri samada meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga atau tidak.


"Tidak ada siapa yang perlu memberitahu saya apa yang perlu saya buat.

"Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan sudah matang dalam politik dan sayang kepada Barisan Nasional (BN), saya tahu apa yang patut saya buat dan saya akan bincangkannya dengan Datuk Seri Najib," kata Sharizat kepada wartawan hari ini.

Shahrizat mengulas desakan pelbagai pihak dalam Umno yang meminta beliau meletakkan jawatan termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir.

Pakatan Rakyat pula membuat pendedahan demi pendedahan ekoran skandal ini.

Terbaru, keluarga Shahrizat didakwa membeli sebuah kondo mewah di Singapura dengan harga hampir RM10 juta.

Namun hari ini Shahrizat juga berkata, dia hanya seorang isteri kepada pengerusi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Saya hanya isteri kepada Pengerusi NFC. Semua wanita ada keluarga dan suami," kata beliau kepada wartawan cuba mempertahankan diri bahawa beliau tidak bersalah dalam skandal ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, Shahrizat bukanlah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam skandal ini kerana dia bukanlah menteri yang menjaga hal ehwal pertanian.

"Yang benar-benar bertanggungjawab adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin," kata Mohamad.

Oleh itu, yang paling bertanggungjawab dalam skandal ini adalah Muhyidin dan bukannya Shahrizat walaupun tetap bersalah kerana tidak menjaga kepentingan negara dalam kes ini.

Tiada ulasan: