"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PRU13: Teori bagaimana BN boleh menang

SELENA TAY
WALAUPUN dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, penipuan masih juga boleh berlaku. Berikut adalah kemungkinan bagaimana BN menang melalui penipuan.
1. Nama kita tidak berada dalam senarai daftar pengundi. Jika nama kita langsung tidak berada dalam senarai pada hari mengundi, maka kita langsung tidak boleh buat apa-apa.

2. Nama kita telah dipindahkan ke kawasan yang jauh:
Sebagai contoh jika kita tinggal di Shah Alam, alamat kad pengenalan kita di Shah Alam dan pada pilihan raya yang lepas kita mengundi di Shah Alam, dengan tiba-tiba kali ini nama kita telah dipindahkan ke Perlis tanpa pengetahuan kita pada hari kita pergi mengundi nanti. Adakah kita akan pergi ke Perlis untuk mengundi pada hari tersebut?

3. Percaturan secara strategik:

a. Pengundi Cina di Shah Alam dipindahkan ke Klang.

Apabila ini berlaku, Umno akan dapat kembali kerusi Parlimen Shah Alam daripada PAS (ahli parlimen kini Khalid Samad).
Kerusi Parlimen Klang biar dimenangi oleh DAP tak apalah asalkan Umno dapat kembali kerusi Parlimen Shah Alam. Pada masa ini kerusi Parlimen Klang dipegang oleh Charles Santiago daripada DAP.

b. Pengundi Cina di kerusi Parlimen Titiwangsa (dulu dimenangi Allahyarham Dr Lo' Lo' Ghazali) yang dipegang oleh PAS akan dipindahkah ke kerusi Parlimen Cheras yang dimiliki oleh DAP (Tan Kok Wai). Ini akan membolehkan Umno untuk dapat kembali kerusi Parlimen Titiwangsa.

Pemindahan pengundi Cina ke kawasan yang dimiliki oleh DAP sejak zaman Tok Kadok lagi tidak memberi apa-apa manfaat kepada DAP tetapi hanya memberikan DAP kemenangan dengan jurang yang amat besar sahaja, contohnya Teresa Kok daripada DAP menang di kerusi Parlimen Seputeh dengan jumlah lebihan undi sebanyak 36,000 - angka yang amat besar, malah jumlah lebihan undi yang banyak sekali di Malaysia pada pilihan raya yang lalu.

c. Kerusi Parlimen Batu yang merupakan sebuah kerusi Wilayah Persekutuan KL telah bertindih dengan kerusi Parlimen Selayang di Selangor untuk membolehkan pengundi Melayu mengundi di Batu. Pada masa kini, penyandang kerusi Parlimen Batu ialah Tian Chua daripada KeADILan.

4. Pertambahan pengundi secara mendadak:

a. Kerusi Dun (Dewan Undangan Negeri) Pelabuhan Klang, di mana penyandangnya ialah Badrul Hisham Abdullah (dulu KeADILan, sekarang Umno).

Di kerusi Dun ini terdapat pertambahan jumlah pengundi sebanyak 5,510 pada tahun lalu walaupun tiada kawasan perumahan baru di situ sejak pilihan raya yang lalu. Anggota Parlimen daripada DAP, Charles Santiago telah berhasrat untuk membuat bantahan mengenai perkara ini sebab kerusi Dun ini terletak dalam kawasan Parlimennya.

Wang RM10 kena dibayar oleh Santiago bagi setiap nama yang dibantah dan ini memerlukan kos yang tinggi. Selain itu, anggota Parlimen daripada Pakatan Rakyat tidak dapat apaapa dana pun daripada kerajaan Pusat BN walaupun adalah hak mereka sebagai anggota Parlimen untuk mendapat dana tersebut.

Dana itu di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri dan hanya diagihkan kepada anggota Parlimen BN sahaja dan ia berjumlah RM1.5 juta setiap tahun. Adakah BN berniat untuk mencekik anggota Parlimen Pakatan Rakyat dengan tidak memberi apa-apa peruntukan kepada mereka?

b. Kerusi Parlimen lain yang telah menyaksikan pertambahan pengundi secara mendadak ialah Kuala Langat (KeADILan- Abdullah Sani), Shah Alam (PASKhalid Samad), Hulu Langat (PAS-Che Rosli) dan Kota Raja (PAS-Dr Siti Mariah) d imana lebih 5,000 nama pengundi yang diragui telah dimasukkan dalam senarai daftar pengundi di kerusi-kerusi tersebut.

Dapat dilihat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah licik dalam perancangan percaturan pergerakan pengundi dan justeru, boleh dikatakan bahawa SPRlah yang menentukan nasib BN dalam setiap PRU. Oleh itu, janganlah berfikiran naif bahawa dengan penggunaan dakwat kekal adalah mustahil untuk penipuan dilakukan.

Hanyalah dengan sokongan padu rakyat dari semua lapisan masyarakat dan semua bangsa, tak kira miskin atau kaya, tua atau muda, di kampung ataupun di bandar barulah BN boleh ditumbangkan.

Rakyat Malaysia mesti mengundi Pakatan Rakyat supaya undi daripada pekerja asing dapat ditumpaskan. Jika jumlah rakyat Malaysia yang memilih Pakatan tidak cukup untuk mengatasi undi pekerja asing, maka pekerja asing telah menentukan halatuju negara ini.

Susah keslah macam itu sebab Malaysia akan terjatuh ke dalam gaung zaman batu purba apabila hak rakyat Malaysia telah diaibkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan kuasa dan wang dalam saku mereka sendiri.

1 ulasan:

TiubTube berkata...

salam,

mohon utk link kan blog tt http://tiubtube.blogspot.com/