Penarik Beca
Ada yang pertikai ilmu agama Tan Sri Khalid Ibrahim bila dia ambil jawatan exco yang menjaga hal ehwal MAIS dan JAIS di Selangor (hal ehwal Islam yang menjadi cara hidup kita, kita orang Islam sendiri yang jagalah dengan pertolongan Allah).
Saya tidak tahu setinggi mana ilmu agama Menteri Besar Selangor itu. Ilmu agama saya lagi la tak tinggi.
Dan, ingin saya bertanya, adakah ilmu agama Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang sebelum ini menjadi exco yang menjaga hal ehwal MAIS dan JAIS di Selangor mempunyai ilmu agama yang tinggi? Allah Maha Menyaksikan, sejak dia meneran-neran dalam TV dengan motibasinya, saya dah rasa ilmu agama Dr Hasan terlalu dangkal teramat dangkal. Saya malas ulas panjang dan bacalah "Hasan Ali, according to me — Abdar Rahman Koya".
Ah, kalau setakat jadi exco yang menjaga hal ehwal MAIS dan JAIS di Selangor, Baharom pun boleh (kisah Baharom lihat video di bawah).
Sikap saya jelas seperti yang saya tulis dalam posting bertajuk "MB Selangor jangan tibai duit rakyat atas portfolio hal ehwal Islam yang tak ada kuasa dan tak guna tu!":
Kerajaan Selangor sepatutnya lebih bertanggungjawab kepada Allah s.w.t. dan kepada rakyat dan mansuhkan sahaja portfolio yang kononnya hal ehwal Islam dan portfolio adat resam Melayu. Hambat semua gerombolan dan urusan yang yang kononnya urusan agama dan adat Melayu supaya berambus di bawah kuasa sultan. Ambik dah nak sangat dan kerajaan negeri tak payah bertanggungjawab dengan benda-benda yang konon-kononnya hal ehwal Islam tu. Konon-kononnya!
Tolonglah jangan bazirkan duit rakyat untuk membayar gaji orang yang memegang portfolio tak berguna tu. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengambil portfolio tak berguna tu, tolong jangan tambah elaun Tan Sri atas portfolio tak berguna tu.
Bertanggungjawablah kepada Allah dan rakyat!! (saya juga menulis mengenai perkara yang sama dalam posting bertajuk "Jawatan exco agama ceremonial dan buang duit rakyat")
Kalau boleh saya tak nak tulis lagi fasal jawatan tak berguna, ceremonial dan membazir duit rakyat tu. Pergi mampoih la jawatan tak berguna yang menjaga hal ehwal MAIS dan JAIS tu. Tetapi saya sakit hati bila orang mempertikaikan ilmu agama Khalid. Bukan pasal depa persoalkan ilmu agama Khalid dan sama ada dia boleh baca khutbah atau tidak.
Tetapi, yang saya sakit hati, mengapa selama ini depa tak pernah persoal ilmu agama raja-raja Melayu yang kononnya penaung agama? Mengapa depa tak persoal sama ada sultan Selangor boleh baca khutbah atau tidak?
Munafiq! Munafiq! Munafiq!
Akhirnya, lihatlah kelaku pengikut-pengikut agama Umno, MAIS dan JAIS yang katanya ketua kumpulan itu bernama Baharom:
petikan dari http://penarikbeca.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan