SuaraPakatan
PENULIS tertarik dengan dakwaan Pengerusi Bersih II dan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevesan disini mengenai kewujudan wang bernilai RM 1 Trillion di luar negara yang didakwa dibawa keluar pemimpin-pemimpin UMNO hasil dari penyelewengan dana kerajaan.
Ya, RM 1 trillion dengan sembilan angka kosong dibelakangnya.
Secara peribadi, penulis sendiri mahu melihat wang sebanyak itu dibuktikan kewujudannya dalam bentuk dokumen kerana ia pasti akan melenyapkan terus UMNO dari mukabumi ini. Tapi selepas difikir-fikirkan semula dan penulis rasa semua rakyat dalam negara ini juga bersetuju dengan penulis, dimanakah logiknya wang sebanyak itu wujud?
Penulis yakin memang ada penyelewengan dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO melalui pemberian kontrak-kontrak kerajaan kepada kroni-kroni mereka, cuma menunggu masa untuk dibuktikan. Penulis mendengar, bagi setiap kontrak kerajaan, sejumlah wang daripada nilai keseluruhan kontrak, akan dikhaskan untuk dibayar balik kepada UMNO.
Tapi benarkah hasil penyelewengan itu boleh mencapai nilai sebesar RM 1 trillion?
Katakanlah pemimpin UMNO menyelewengkan 5% daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan pembangunan dalam bajet 2012 (RM 51,2 billion), mereka hanya mampu mengumpulkan sekitar RM 2.5 billion untuk tahun 2012 sahaja. Katakanlah jumlah sama (RM 2.5 billion) dikumpulkan UMNO sepanjang 54 tahun, ia masih lagi jauh daripada jumlah yang disebutkan Ambiga – RM 1 trillion.
Itu kalau jumlah perbelanjaan pembangunan sama setiap tahun selama 54 tahun – yang mana amat mustahil!!
Bajet tahunan negara (RM232.8 bilion) pun tidak sampai setengah dari jumlah RM 1 trillion yang disebutkan Ambiga. Rizab Bank Negara Malaysia di luar negara setakat September 2011 adalah sebanyak RM 414.5 billion. Logiknya, kalau pendapatan dan simpanan negara pun tidak mencecah setengah daripada nilai RM 1 triliion yang disebutkan Ambiga, bagaimana UMNO mampu menyeleweng wang sebanyak itu?.
Tidak kurang penting ialah siapa pula yang diamanahkan untuk menyimpan wang sebanyak ini bagi pihak UMNO sejak zaman berzaman? Pengurus dana, orang perseorangan?
Penulis faham Ambiga sedang membina reputasinya untuk bertanding dalam pilihanraya yang akan datang dengan membangkitkan hal-hal tersebut, tapi rakyat Malaysia ini bukan lagi mudah diperbodohkan seperti dahulu.
Hari ini rakyat bijak menyoal balik pemimpin yang membuat tuduhan, bukan setakat menadah sahaja jawapan yang diberikan. Ambiga boleh mencontohi kepimpinan PKR dalam isu National Fedlot Corporation (NFC) yang bersedia dengan dokumen, walaupun hanya sehelai kertas untuk menyokong dakwaan mereka.
Penulis minta Ambiga berhati-hati dalam membuat kenyataan sedemikian dimasa hadapan agar reputasinya sebagai pengamal undang-undang ddan bakal pemimpin Pakatan Rakyat dalam masa yang sama tidak terjejas.
.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan