"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa yang tidak kena dengan tangkapan khalwat ini

Abang Bangladesh dicekup khalawat
Apa yang dapat saya faham dari gambar ini ialah soalsiasat sedang dijalankan. Tapi kenapa penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah tidak mengarahkan perempuan itu menutup aurat dahulu sebelum melakukan soalsiasat. Adakah mereka menganggap tidak berdosa melihat aurat perempuan ketika serbuan cegah maksiat dilakukan. 

Nanti jangan sampai orang kata, patutlah banyak serbuan yang dibuat, rupanya dapat tumpang seronok macam-macam dapat tengok. Jangan nak cegah maksiat sambil buat maksiat.

Gambar dari berita sinarharian.

3 ulasan:

thoyyib_marketing berkata...

apa kurangnya blog ini yg sama mengedar gambarnya?

Awanama berkata...

betol2..sepatutnyer...serbuan divideokan bg saat-saat awal..kemudian suruh pesalah berpakaian utk sesi soal siasat dan divideokan..

Panglima7 berkata...

Nie lagi satu....Fahaman Liberal...dari Toyyib marketing nie.