"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ini mengaku makan otak, hati rakan sebilik


WASHINGTON: Seorang pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) mengaku membunuh rakan sebiliknya, memotong badan dan memakan sebahagian otak serta semua hati mangsa, lapor media AS semalam.

Alexander Kinyua dari Baltimore, Maryland ditahan pada Selasa lalu selepas polis menggeledah rumahnya kerana abangnya menemui kepala dan tangan mangsa, lapor akhbar Baltimore Sun.

Kinyua, 21 yang merupakan pelajar Universiti State Morgan, mengaku bersalah membunuh dan mengerat anggota badan teman sebiliknya, Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie.

Motif sebenar kejadian masih tidak diketahui dan Kinyua didakwa atas tuduhan membunuh.

Kejadian tersebut menambah jumlah jenayah mengerikan yang berlaku di Amerika Utara pada minggu ini./AFP

Dalam kes yang lain, polis antarabangsa (Interpol) kini turut memburu bintang pornografi warga Kanada selepas disyaki merakamkan perbuatan kejam membunuh dan mengerat mayat rakannya.


Minggu lalu, seorang pemuda di Miami ditembak mati oleh pihak berkuasa selepas dia dilihat menggigit muka seorang lelaki yang hidup gelandangan secara tiba-tiba.

Tiada ulasan: