"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

(Gambar) Fenomena Pelik Cara Berbuka Puasa Di Bandar Kuantan

addin_77 
Fenomena pelik cara berbuka puasa di bandar Kuantan.. di katakan begitu kerana fenemona ini berlaku di awal Ramadhan pada pada tahun ini. Sebelum nih mungkin berlaku tapi tak semeriah tahun ini. Macam berpesta...

Cara berbuka macam nih memanglah bagus bagi mengeratkan ukhwah sesama kita akan tetapi.. ada tetapinya..

Dari pemerhatian Addin melalui gambar-gambar dari blog nih, ada unsur-unsur pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.. itu yang tak berapa bagusnya.

Seperkara lagi.. alangkah baiknya jikalau semua yang berbuka di padang tersebut dapat menunaikan solat berjemaah Maghrib dan terus solat berjemaah Isyak dan solat sunat Terawih di Masjid Negeri yang berdekatan.

Addin andaikan semua yang berada di situ pergi menunaikan solat berjemaah di Masjid selepas berbuka.

Ye lah.. kita di bulan Ramadhan nih hendak mengejar amal ibadat yang Allah SWT janjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Jikalau tidak.. rugilah kita semua.

Insya Allah.. balik cuti beraya nanti Addin akan membuat tinjauan sendiri untuk mendapat kepastian berkenaan fenomena pelik ini.

Kepada sesiapa yang ada info berkenaan isu ini bolehlah e-mel terus ke Addin. Dan juga kepada alim ulamak dan pihak berkuasa mohon membuat pencerahan berkenaan isu ini..

Lihatlah gambar-gambar nih...
Lagi gambar di sini.

Kredit gambar ~ lunalanun.blogspot

2 ulasan:

syeda berkata...

Salam...1st of all sy nk tnye nape ye tbe2 admin kuarkan isu ni? sbb sy rs fenomena ni dh biasa di kuantan..bukan setakat thn ni..tp, dh bertahun2 dh org kuantan buat mcm ni. even sy pun penah berbuka kt sana dgn kwn2 dan suami sy..

bagus juga admin sgt perihatin tentang keadaan mcm ni. tp pd sy kata2 admin boleh mengundang fitnah. cuba teliti blk ayat2 admin..tambah2 ni bulan ramadhan..kang free2 je dpt dosa..

sy bkn bias..tp fyi dlm gmbr ni semua kwn2 sy dan sy sgt2 kenal latar belakang dieorg. dan sy tau kawan2 sy ni jenis mcm mn..

drpd kata2 admin tu seolah2 mcm meragui je dieorg ni..ada unsur2 pergaulan bebas? adakah ini di tmpt tertutup? come on ni tmpt terbuka..rmi lg yg teruk drpd ni pun ada..

sepekara lg, kata2 admin mengenai solat di masjid, sudah tentu kwn2 sy terus solat di masjid lepas berbuka..kenapa ayat2 tu mesti mcm kalau2? sy rs ni bukan la sesuatu yg pelik..

saya sgt2 simpati dgn admin sbb cuba cr cara murahan untuk naikkan traffic blog admin...

dan fyi gak gmbr ni bkn gmbr br ye..ni dh beberapa thn yg lepas..kesian admin kan..org kuantan, tp xpernah berbuka kt padang ni..

ok la..ape2 hal email je sy..sy xde dlm gmbr ni..tp sy turun di maklumkan mengenai xtvt berbuka puasa pd mlm tersebut..

dan 1 lg, rmi kot yg pakwe makwe berbuka kt sana jugak..lg la berdua-duaan..ape komen anda?

LUNA LANUN berkata...

Buat penulis, sila baca entri balas ini... Trima kasih...

Entri balas mengenai penggunaan gambar-gambar dari blog Luna Lanun untuk dikaitkan dengan entri ini...