"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tindakan SPRM mengesahkan mereka adalah pencacai bagi penguasa yang rasuah

Hafiz Yatim 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa hanya berminat menjejaki sumber kebocoran dokumen berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Peguam Negara Abdul Gani Patail, dan tidak kes itu sendiri.

Bekas pengarah Urusaan Ho Hup, Low Tuck Choy berkata, beliau menyedari perkara itu apabila SPRM memasuki pejabatnya tahun lepas.

Ditanya berhubung kenyataan SPRM bahawa Low tidak akan dipanggil membantu siasatan kes itu, bekas pegawai kanan di syarikat pembinaan antara terbesar itu berkata, ia membuktikan suruhanjaya itu tidak serius.

"Bila SPRM datang ke Ho Hup, mereka tanya kakitangan kami bagaimana dokumen boleh bocor.

"SPRM tidak berminat menyiasat dakwaan itu. Pada saya, semua bukti sudah berada di domain awam (di Internet).

"Selepas 10 bulan, SPRM patut menyelesaikan siasatan berhubung kes itu tetapi ia masih tertangguh," katanya kepada Malaysiakini.

Low, 54, pada awal bulan ini membuat laporan polis mendakwa dokumen yang dimuat naik di laman Malaysia Today adalah asli.

Ia antaranya melibatkan invois daripada syarikat elektrik dan baucar pembayaran Ho Hup tahun 2009 dengan nama Abdul Gani.

Tiada ulasan: